Kelantan pertahan Piala FA
Kelantan Juara Piala FA 2013
Kelantan pasukan ketiga selepas K.Lumpur, Kedah pertahan Piala FA
Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur malam tadi.
Pemain tengah Mohd Norfarhan Muhammad meleburkan impian pasukan berstatus bintang dengan jolokan ‘Harimau Selatan’ apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-14, hasil hantaran kapten Mohd Badhri Mohd Radzi.
Video Kelantan 1-0 Johor DT [Final Piala FA 2013]
Kelantan memulakan permainan dengan tenang tetapi berbisa dengan gerakan kemas sehingga pasukan lawan terpaksa memperketatkan benteng pertahanan selepas asakan bertali arus dilancarkan oleh skuad ‘The Red Warriors’.
Jurulatih Kelantan Bojan Hodak mempertaruhkan gandingan Mohd Norfarhan, Mohd Badhri dan pemain import Dickson Nwakaeme untuk memburu gol.
Bagaimanapun, Johor DT bangkit seketika untuk membalas dan hampir menyamakan kedudukan apabila sepakan deras pemain import Leonel George Nunez, yang menggantikan Mohd Safee Mohd Sali, berjaya ditepis oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-22.
Pada babak kedua, Kelantan kembali dengan semangat untuk merobek gawang gol lawan dan percubaan bahaya oleh Nwakaeme pada minit ke-54 berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Johor DT, Muhammad Al-Hafiz Hamzah.
Usaha penyerang berbisa Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-63 tidak dikira apabila berlaku kekasaran sebelum jaringan gol.
Johor DT yang semakin tertekan dengan ketinggalan 1-0 memperkemaskan jentera serangan namun cubaan yang dilakukan oleh Nunez pada minit ke-80 sedikit tersasar melepasi gawang gol.
Terdahulu sebelum perlawanan, kira-kira 90,000 penonton dengan kebanyakan berpakaian warna biru dan merah dihiburkan dengan nyanyian lagu Negaraku oleh penyanyi terkenal Jaclyn Victor.
- Bernama
June 30, 2013 - 1:24 pm
……
July 1, 2013 - 7:24 am
Tahniah Kelate. Kelemahan JDT pada tektikalnya. Fandi patut dipecat tahun depan. Azrai Khor lebih baik dpd dia.
July 1, 2013 - 8:02 am
Dwg main merepek.tak fight sgt…kalau ada celen kalah pun ok jgk. hehe rombak balik semua. kete kasi aku.hihi
July 1, 2013 - 1:05 pm
Adakalanya ganjaran yang terlampau tinggi dan didedahkan terlebih dahulu sblm perlawanan akan membuatkan pemain tidak bermain untuk merebut piala berprestij serta boleh dikongsi bersama rakan sepasukan dan seluruh penyokong, sebaliknya pemain akan lebih mengejar ganjaran peribadi seperti hadiah kereta dan sebagainya. Silap besar tmj kerana menawarkan ganjaran sebagitu pd matyo.
Sepatutnya beliau dah tahu jenis matyo ni kerana beliaulah berjaya membuatkan matyo meninggalkan bekas majikannya dari pintu belakang kerana mengejar bayaran lumayan. Kebanyakan pemain yang mementingkan ganjaran tak akan mampu untuk menilai betapa berprestijnya sesuatu kejohanan.
July 1, 2013 - 1:15 pm
Slah percaturan tu….kalau pun nak bagi hadiah lumayan jgn bgtahu apa dia dulu….atau lg sng jgn ckp….biar orang usaha setimpal gaji yg dapat….awe dgn al hafiz boleh dpt hadiah sbb sungguh2…..dah la keeper tu kena fikir pasal anak dia lagi…..tekanan lg kuat dlm otak dia….
July 1, 2013 - 2:57 pm
TAHNIAH!!!!!!!….kepada semua yang terlibat bagi TEAM TRW!!!!!!TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!
July 1, 2013 - 4:44 pm
fandi,safee,sapik OUT
July 1, 2013 - 5:22 pm
Tahniah JDT.try for next final game especially Malaysia Cup for coming soon.Sokongan kami dari Ledang seiras dengan slogan ‘LUASKAN KUASAMU’.Thanks also to Ultras Team Southern yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti wealaupun azalinya kite tewas..Good Try JDT..1992 tahun gemilang kembali lagi…
July 22, 2013 - 3:31 pm
LUASKAN KUASAMU…….setakat sedap dimulut bolehlah….tapi tak kemana….hanya no.3…Liga Super….HEMPAS KELAPA!!!!!!
July 23, 2013 - 2:56 pm
Ekau ni apo hal? Asik nak hentam org jek.Tak puaso apo? Nak kono pukul ke?