LIONS XII dari Singapura gagal melebarkan kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Super setelah terikat 3-3 ketika menentang Kedah di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu malam.
Keputusan seri itu bagaimanapun tidak menggugat kedudukan pasukan bimbingan V. Sundramoorthy itu untuk terus menerajui kedudukan liga dengan mengumpul 40 mata selepas beraksi dalam 20 perlawanan.
Kelantan pula semakin mengurangkan defisit mata dengan Lions XII kepada hanya tiga mata selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Selangor PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Negeri Sembilan pula merampas kedudukan kelima liga dari Selangor selepas mengalahkan Johor FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
Turut mencatatkan kemenangan ialah wakil kelab dari Terengganu ialah T-Team yang menumpaskan Kuala Lumpur, 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Sementara itu, Sarawak yang beraksi di Stadium Negeri yang kosong ekoran tindakan tatatertib oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas jiran mereka, Sabah menerusi jaringan tunggal Joel Epalle pada minit ke-22. — BERNAMA
Terengganu pula terus ditimpa malang selepas kalah 1-2 kepada Felda United di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Related posts
- Top 5 pemain Liga Super [Jan - Mei 2012] pilihan Goal.com
- Bojan Hodak kekal jurulatih Kelantan 2013
- Safee Sali perkuat jentera Kelantan?
- Daudsu kekal bersama Kelantan
- Video Terengganu 0-4 Kelantan [Liga Super 2013]
- Liga Super 2011: amaran awal Kelantan
- Perak seri, Kelantan selesa
- Kelantan catat kemenangan penting
- Full Video: Kelantan vs Terengganu [Liga Super 2012]
- Keputusan Separuh Akhir Piala FA 2012
Main topics: Liga Malaysia, Liga Super
Sub topics: Kelantan, Liga Malaysia, Liga Super 2012, Lions XII
Lions dipuncak liga utk smentara je.x hairanlh main dh lbh 4 game dr kltan.klau sama2 main 20 game,dh jauh kltan tinggal lions tu.yg pasti di akhir liga nnti kltan juara liga super,lions hnya naib juara.jgn mimpilh lions nk julang piala liga mnyeberang selat tebrau.rakyat mlysia x snggup melihat piala liga diusung kluar dr negara ini.malulh 13 team dlm mlysia x mampu pertahankn piala tu.
tahniah Qlatey ,Kedah ,Perak ,t-Team ,n9 & Sarawak.
~memBangun beRsama ISLAM~
~maJuLah sukan untuk neGara~
super warriors..tahniah!!
tahniah juga kepada kedah yg mengikat lions.
jng bagi singa buas tapi takde taring tu tunjuk bagus^_^
sedap kata2 man laksa ari ni…teruskan man laksa dan jgn lagi ckp yg xbaik terutama bila brcakap pasal kelantan…
faisal,jgn keliru.man laksa yg awk puji diatas tu bkn man laksa yg sbnar.jgn terpedaya.
lions xakn mene eh…jgn risau sek kito….kito anok malaysia sma2 bersepkat..gomo malaysia gomo
man laksa kalau kau buat baik macam mana sekalipun orang tak akan percaya dah pada kau …minta bertaubat..
Kalau muka cam tu Man Laksa baik. Kalau muka di cam gigi gear dn warna hijau tu adalah Man Laksa anak dajjal. Harap maklum.
KELIRU….KELIRU.Walau apa pun tahniah utk TRW utk mengutip mata penuh …
Tahniah utk set kito terutama penyokong hok g stadium smlm. Terima kasih jg pd Kedah sbb berjaya mengikat Lions. Teruskan momentum kemenangan di final Piala FA 19hb ni.
sememangnya betul orang mengatakan bola itu bulat ianya boleh bergolek kemana-mana mengikut kehendak tendanggan. tarikh 19 mei merupakan tarikh penentuan siapakah juara piala fa antara trw dan gian killer satunya dari liga perdana dan wakil dari liga super. kalau di garap diatas kertas trw mungkin mempunyai kelebihan kerana dalam 16 perlawanan dapat mengutip 37 mata di bawah pendahulu liga dengan 20 perlawanan hanya mengutip 40 mata. sementara gian killer berada ditangga 3 liga perdana dengan 15 perlawanan 30 mata kalah 3kali dan seri 3kali.berdasarkan carta kedudukan itu apakah kita boleh memberi keyakinan bahawa trw boleh menang dalam pertembungan itu?. daripada kesungguhan pada akhir-akhir ini gian killer menampakkan kemantapan dengan menumbangkan nama-nama besar yang berada dalam liga perdana dan itulah juga yang sedikit merisaukan koc bojan selain itu gian killer dibarisi pemain import yang baik ketika ini. apa2 pun demikianlah kerana bola itu bulat .
kedua-dua pasukan ini sama-sama hebat..kalau dikira raking sekarang trw ada kelebihan utk muncul juara piala FA tahun ini …walau apapun kita tunggulah nanti..gomo klate gomo.