Kelantan Juara Piala FA 2013
Kelantan membuktikan masih merupakan gergasi bola sepak negara selepas berjaya mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lalu dengan menumbangkan Johor Darul Takzim 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Jaringan tunggal Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-16 kekal sehingga ke akhir perlawanan tanpa dapat dicabar Johor DT.
Video Kelantan 1-0 Johor DT [Final Piala FA 2013]
Kejuaraan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Kelantan dalam saingan Piala FA yang mula diperkenalkan sejak tahun 1990.
Sementara impian Johor DT untuk mengulangi pencapaian Johor pada tahun 1998 tidak kesampaian di samping gagal muncul kelab pertama memenangi trofi berkenaan.
Di hadapan 90,000 penonton dengan kehadiran penyokong yang seimbang antara kedua-dua pasukan, kegagahan The Red Warriors jelas terlalu sukar dicabar oleh Harimau Selatan dengan penguasaan mutlak dipamerkan bahagian tengah diketuai Mohd. Badhri Mohd. Radzi.
Serangan-serangan pantas yang diterapkan jurulatih, Bojan Hodak membuatkan Johor DT bagaikan hilang punca untuk bangkit.
Badhri dan Nor Farhan jelas menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Johor DT yang kehilangan Mohd. Aidil Zafuan, malah Kamarul Afiq Kamaruddin serta Ahmad Tharmini Saiban tidak senang duduk berdepan kesukaran mengawal pergerakan licik Dickson Nwakaeme.
Segalanya serba tidak menjadi buat Johor DT sejak awal permainan lagi, malah percaturan Fandi Ahmad mempertaruhkan Safiq Rahim di bahagian tengah sia-sia apabila ketua pasukan kebangsaan itu langsung tidak menghadirkan sebarang impak dan dikeluarkan sebaik sahaja bersambung babak kedua.
Tiada kelibat pemain import Argentina, Leonel Nunez dipertaruhkan pada permulaan perlawanan, sebaliknya Fandi Ahmad memilih Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha menerajui barisan hadapan.
Penguasaan penuh The Red Warriors pada 45 minit pertama dengan sekurang-kurangnya tujuh peluang diperoleh melalui gerakan oleh Ahmad Fakri Saarani, namun disia-siakan.
Gol yang dicari-cari oleh Kelantan akhirnya menjelma menerusi hantaran bijak Badhri yang menghidu ruang kosong kedudukan Mohd. Nor Farhan Muhammad sebelum rembatan leretnya gagal diselamatkan oleh Muhd. Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-16.
Johor DT bagaikan seolah-olah tidak beraksi pada separuh masa pertama ketika Fandi sudah terpaksa mengeluarkan Safee pada minit ke-18 dan Andrezinho, 19 minit kemudian kerana mendapat kecederaan.
Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang banyak berehat akhirnya terpaksa bertungkus lumus pada 30 minit terakhir permainan melalui hantaran-hantaran silang yang dicipta oleh K. Thanaraj serta Nurul Azwan Roya ketika momentum The Red Warriors sedikit menurun.
Dua sepakan percuma yang diperolehi oleh Nunez pada minit ke-78 dan 82 juga gagal memberi impak apabila gagal menepati sasaran.
- Utusan
July 2, 2013 - 12:06 am
SAYA CADANGKAN KEPADA TSAM UNTUK TAHUN 2014 AMBILAH SAFEE SALI BERMAIN DENGAN TRW BAGI MENGHARUNGI LIGA MALAYSIA 2014 DAN KE ARAH MENGEMBALIKAN KEGEMILANGANNYA YANG SEMAKIN HILANG BUAT MASA INI.PENYERTAANNYA DENGAN JDT NAMPAKNYA TIDAK MEMBERI APA-APA KEJAYAAN KE ATAS DIRINYA DAN JUGA JDT.BIMBANG BAKAT DAN BINTANGNYA AKAN HILANG BEGITU SAJA.SAFEE SALI DI KENALI DENGAN LARIAN-LARIAN LAJU DAN MEMPUNYAI SEPAKAN YANG PADU SAMBIL BERLARI.JIKA SEKIRANYA BELIAU MENDAPATKAN LORONGAN/HANTARAN BOLA KE DEPAN YANG BAGUS 80% JARINGAN GOL AKAN TERHASIL.APA YANG SAYA PERHATIKAN SEMASA PIALA FA TEMPOH HARI SAFEE SALI TIADA HANTARAN-HANTARAN CANTIK/LORONGAN YANG MENGANCAM DARIPADA RAKAN-RAKANNYA.JIKA SEKIRANYA BELIAU DIBAWA MASUK KE TRW PERKARA TERSEBUT DAPAT DI SELESAIKAN - PIYA HARAPAN BESAR UNTUK MEMBUAT HANTARAN/LORONGAN KE DEPAN YANG PASTI KEGEMARAN SAFEE SALI SEBELUM INI.SAYANGLAH BAKAT YANG BEGITU BESAR HILANG BEGITU SAJA….. TSAM TOLONGLAH DENGAR CADNGAN INI DENGAN SERIUS …..
July 2, 2013 - 8:17 am
kalau ada mana2 yg brhasrat tu boleh la cuba si safee ni….dgr TMJ ckp amik dia sbb nk selamat karier dia dari indon….kira ok la tu team lain boleh test mana tau dia serasi kot team lain…..hihi
July 2, 2013 - 11:25 am
Cadangan yang baik. Tp hamba rasa drpd ambil Safee Sali baik ambik Neymar
July 2, 2013 - 12:15 pm
pehhh byk lak duit nk abik neymar…….nk abik kuda tua power ryan giggs pun belum tentu mampu…….
July 23, 2013 - 3:11 pm
JDT dah bagi hantaran yang cantik dengan lambukan wang ringit
sepakannya juga padu
tapi sepakan dari pehak pengurusan JDT ke sapi yang menunging
July 2, 2013 - 3:34 pm
TSAM dah suruh Hodak gilap si Fakri bg bersinar-sinar..fizikal tegap,tinggi cuma kurang bijak sambut assist dr rakan-rakan..Safee pun xkan sudi main dgn team kita..siapalah kita,xmampu byr mahal..:)
July 2, 2013 - 6:08 pm
fakrie akan berjaya…insya~Allah..
July 2, 2013 - 11:03 pm
Semoga TRW dapat mengharumkan nama kelantan dan malaysia lebih jauh dan tinggi lg dgn adanya pemain2 berbakat dan sokongan padu para penyokong TRW.
July 2, 2013 - 11:09 pm
SEMEMANGNYA KELANTAN ADALAH SATU2NYA PASUKAN YG MENCORAK SUKAN BOLA SEPAK TANAH AIR KITA MENJADI LEBIH SERONOK DAN LEBIH BERSEMANGAT. WALAUPUN SAYA BUKAN ANAK KELANTAN TETAPI SAYA BERBANGGA DENGAN PRENTASI PASUKAN KELANTAN DAN PEMINAT2 PASUKAN BOLASEPAK KELANTAN.
July 22, 2013 - 3:25 pm
Mana pegi…..penyokong TEGAR JDT,kenapa diam….MALU KE???????????
July 23, 2013 - 2:58 pm
Dorg hormati bulan puaso la badut. Ekau tu dok meraban ni apo kono?
July 23, 2013 - 2:50 pm
patutnya HM-Rajagopal ambil sekurang2nya 70% drp skuad Kelantan barula bole kuasai Asia Tenggara dan seterusnya mencabar diperingkat Asia!!!
July 24, 2013 - 12:44 pm
musim depan rasanya Kelanta jadi juara liga, juara FA dan juara Piala Malaysia, piala AFC sampai separuh akhir kerana pemain dah mula serasi serta faham taktik si Bojan Hodak..
July 25, 2013 - 2:50 pm
Kote bau
July 28, 2013 - 2:17 pm
mmg kote dia bau sbb blom potong…suh mak dia sedut je…pakai p….. dia
July 28, 2013 - 2:18 pm
kote man laksa mmg bau…nnti suh emak dia sedut pakai p…. dia…br best
July 29, 2013 - 11:54 am
orang johor pandai berbahasa la beruk2…kita orang bulan2 puasa jaga percakapan tak mcm najis2 trw 2.
July 30, 2013 - 10:09 am
Aku dah lame tau dah. Aku bkn orang johor, kurangnye aku dpt respek lagi org johor sebab hormat bulan posa ni. Tak serupe AGASE bwh ni. Melalak hari-hari. Kau cine ke AGASE yg mkn bak kut teh? teluk Intan ni bnyk cine sedare ko.
July 30, 2013 - 1:52 pm
agak2 man laksa tu najis mana ek
July 29, 2013 - 12:22 pm
i love jdt….time kau kena hentam orang cakap bulan puasa…tapi bila kau bantal orang bulan puasa dah habis ke??????….insaflah kata orang AWAK YANG LEBIH!!!!
July 30, 2013 - 10:22 am
pandi dah kena pecat
October 27, 2015 - 8:49 am
Apa dh jadi dgn TRW?? JDT ke final AFC cup 2015. 2016 nanti masuk AFC Cham League!