Indra Putra kekal bersama Felda United
INDRA Putra Mahayuddin yang diharapkan peminat Kelantan kembali ke pangkuan juara trebel 2012 itu membuat keputusan untuk kekal bersama Felda United.
Menurut Indra banyak faktor sebelum beliau membuat keputusan yang berat itu, antaranya faktor keadilan buat Felda United yang tiada calon pengganti ketika tempoh pendaftaran pemain Liga Malaysia 2015 hampir tamat.
“Tidak adil untuk saya pindah di saat-saat akhir pendaftaran pemain dah hampir tutup yang mana Felda United tak cari pun pengganti untuk isi slot saya,” kata Indra.
Menurut Indra beliau yakin Kelantan tetap akan muncul pencabar yang kuat walau pun tanpa kehadiran beliau bagi saingan musim depan.
Spekulasi berhubung pemain berusia 33 tahun itu kembali ke Kelantan bertiup kencang di laman sosial facebook penyokong tegar Kelantan yang memperkatakan beliau akan menabur bakti bersama The Red Warriors bagi saingan Liga Malaysia 2015.
Indra merupakan salah seorang tonggak yang membantu Kelantan menjulang gelaran trebel pada musim 2012.
Akhabar tempatan sebelum ini melaporkan, rakan sepasuknya Nor Farhan Muhamad atau Ben10 mengakui mahu bergandingan semula dengan Indra dan Mohd Badhri Radzi yang dianggap tiga serangkai paling serasi dan digeruni lawan ketika membantu Kelantan mengecapi kejuaraan trebel 2012.
Jelasnya, jika benar Indra kembali menyertai Kelantan musim depan, ia merupakan satu bonus buat peminat dan juga pasukan Red Warriors
Pencapaian terbaik Indra musim ini ialah membantu Felda United mara ke perlawanan akhir Piala FA namun tumpas 1-2 ditangan Pahang.
December 3, 2014 - 10:42 pm
frust dengar berita ni…..
tapi kawe tabik jjetak ke demo,
insyaallah ada jodoh tak ke mana