Gary Steven Robbat pilih JDT

Gary Steven Robbat JDT 2015

Johor Darul Takzim (JDT) memperkukuhkan statusnya dengan membawa masuk tujuh pemain baharu yang rata-ratanya merupakan pemain kebangsaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2015.

Skuad bimbingan Bojan Hodak ini kini mendapat khidmat Gary Steven Robbat, Farizal Marlias, S.Kunanlan, S. Chanturu, Fandi Othman, Mohd Amer Saidin dan Junior Eldstal.

Selain muka baharu, barisan sedia ada turut dikekalkan iaitu Mohd Amri Yahyah, Safee Sali, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Daudsu Jamaluddin, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Al-Hafiz Hamzah, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Jazsarin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Amirul Hadi Zainal.

Keempat-empat pemain import Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun turut dikekalkan.

Barisan 25 pemain Harimau Selatan diumumkan sempena majlis pelancaran jersi baharu JDT di Johor Baharu malam tadi.

Senarai Pemain JDT 2015

Turut berangkat ke majlis itu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pengumuman nama Gary mengenepikan spekulasi yang pemain tengah Harimau Malaya ini akan bermain dengan juara Piala Malaysia musim ini, Pahang selain pasukan negeri kelahirannya, Kedah.

Gary memberitahu pemberita kemudiannya beliau memilih JDT kerana mahu mempertingkatkan dirinya selain menimba pengalaman.

“Ini juga adalah untuk masa depan saya. Saya sudah pilih pasukan ini dan urusan (spekulasi) sudah selesai,” katanya.

- Bernama

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

5 Responses to Gary Steven Robbat pilih JDT

  1. Pingback: Kontrak Gary bersama JDT tidak sah? | Sokernet

  2. kes bertindan kontrak tak akan berlaku jika pemain itu sendiri menghormati kontrak awal yang dia sign.

  3. kes ni xkan terjadi sekiranya FAM TEGAS dengan undang2 sedia ada.sama juga spt borang C (pindah)…tiada gunannya borang ini sekiranya perpindahan masih boleh lg terjadisetelah ditandatangan

  4. Macha ni mabuk ketum kuala nerang kot..puncanya dia jgk..bkn bagus sgt tambi ni..dah mcm kumpulan aleycats..hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>