p5rn7vb
Final Piala FA: FAM tentukan nasib Aidil hari ini | Sokernet

Final Piala FA: FAM tentukan nasib Aidil hari ini

Final Piala FA 2013 - kad merah aidil

PENOLONG Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud mengesahkan menerima surat aduan rasmi daripada pihak Johor Darul Takzim (JDT) mengenai kes Aidil Zafuan yang menerima kad merah ketika berdepan Lions XII, Sabtu lalu, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.

Akibat layangan kad merah itu, Aidil bakal terlepas pertemuan penting Liga Super menentang Felda United hari ini dan perlawanan akhir Piala FA 2013, pada Sabtu.

“Kita terimanya hari ini (semalam) dan saya tidak boleh ulas lanjut. Nasib Aidil akan diputuskan Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang esok (hari ini) di Wisma FAM,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Harimau Selatan akan tulis surat kepada FAM untuk kaji terjahan dilakukan Aidil ke atas Irwan Shah.

Aidil dikatakan menerjah bola dan bukannya ‘mencari’ kaki Irwan seperti didakwa pengadil, Mohd Zam Zaidi.

Sementara itu, Fuad berkata, sehingga kini FAM belum terima sebarang aduan rasmi daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia mengenai ketidakpuasan hati mutu pengadilan ketika menentang Selangor di Shah Alam, Jumaat lalu.

- Sinar Harian

8 Responses to Final Piala FA: FAM tentukan nasib Aidil hari ini

  1. Kalau kad merah boleh dibatalkan, maknanya gol pun boleh fibatalkan jgk lah kan…

  2. Terdesak sgt ke jdt nak menang…

    • Biar lantaknya lar. Team TRW mintak tangguh hari lain alasan penat, tu kira mcmana pulok yerk? Nak main time puasa eh?refree imam masjid. haha

      • Trw mintak tangguh pun, sekurangnya bila main jugak dgn pahang diaorg menang. Yg jdt tu kononnya berkobar kobar nak main hasilnya seri aje dgn felda ape citer. Yg malang lagi terlepas peluang rapat kedudukan dgn lion.

  3. Kalau nak ikut betul2 liga tak patut campur aduk dgn kejohanan lain. Baru betul. kena kad kat liga, denda atas liga tu saja. game luar liga tak logik denda dari salah liga lain. mengarut lah.

    • Betul tu fam memang mengarut, tengok isu perpindahan matyo sudahlah. Boleh dia putuskan tebus kontrak je. Jadi murah sangatlah sebenarnya pemain yang kononnya pemain tempatan paling bernilai. Patutlah bola sepak kita tak maju. Fam buat keputusan ikut suka dia aje. Team lion jugak yg skrg ni pecah perut ketawakan sikap fam dan pemain terbaik dari negara kita yang ntah ape-ape.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>