FAM: Keuntungan jualan tiket milik Pahang
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan mereka tidak mengambil sedikit pun keuntungan daripada jualan tiket perlawanan semula Separuh Akhir Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim Sabtu ini.
Naib Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin berkata, selepas menolak kos pengurusan dan pihak keselamatan semua keuntungan akan dikembalikan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
Menurut Hamidin, FAM hanya mengambil alih pengelolaan perlawanan, namun hak tuan rumah kekal milik Pahang, justeru hasil jualan tiket selepas ditolak semua kos adalah hak PBNP.
Mesyuarat di Wisma FAM petang semalam memutuskan perlawanan semula diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas berlaku kekecohan antara kedua-dua penyokong yang mendorong perlawanan terpaksa dibatalkan.
Ekoran insiden tersebut PBNP telah didenda RM100,000 sementara Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000.
FAM menetapkan perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun 2013 (Sabtu).
Maklumat terbaru menyebut perlawanan diluluskan untuk dibuat pada waktu malam.
May 30, 2013 - 11:37 pm
Denda RM100 Ribu.. Jualan Tiket RM1.2 Juta (80,000xR M15).. Kos RM100 Ribu… Untung RM1.1 Juta utk Pahang. Tolak Denda ada lagi RM1 Juta… Siapa Cerdik, Siapa Bodoh?????
June 1, 2013 - 12:11 pm
Yang cerdik BPNP, yang bodoh pembaling batu, yang tercedera jadi mangsa, yang GILA itu FAM
May 31, 2013 - 6:34 am
yg cerdik fam, yg bodoh tu yg baling batu… yg untung fam, yg rugi, yg kena balingan batu…
May 31, 2013 - 8:17 am
Kalau perlawanan akhir Phg lawan Kelantan. Berapa tiket nak bagi kat penyokong Kelantan.20/60 juga ke? Dengan Johor boleh la buat macam ni. dengan Kelantan jangan…kena bako stadium nanti.
May 31, 2013 - 10:00 am
dengan Kelantan tak berani buat cam ni punya.. penyokong Kelantan akan pertahankan hak mereka bukan mcm penyokong JDT…
June 3, 2013 - 8:56 am
Niat tak buleh menghalalkan care…..
May 31, 2013 - 9:54 am
kwn sokong Pakda.
keputusan FAM ni bole la fans negeri lain buat ikutan dan contoh. macamana?
1. lepas ni, semua fans buat havoc sampai game batal bila game team masing2 dekat home.
2. pastu, FAM akan “tolong” anjurkan kat stadium bukit jalil.keuntungan lepas tolak kos penganjuran, FAM AKAN BERI KAT PERSATUAN NEGERI!!!
3. agihan tiket pun boleh dilebihkan kepada team home yang cuci tangan duduk goyang b***t pastu dapat duit selepuk.
4. ini adalah strategi yang bagus untuk memenuhkan kantung semua FA negeri.akhirnya FAM telah jadi sangat bijak dalam mencari duit.
setakat kena denda maksimum 100k + tanggung belanja penginapan dan perjalanan team lawan, apalah sangat berbanding dengan untung yang dapat.
wow!!! jual orang lagi untung daripada jual unta!!!
May 31, 2013 - 12:07 pm
AHLI JAWATANKUASA FAM MI KAKI JILAT J***R
May 31, 2013 - 6:31 pm
bgus idea ko James. tp aku rse klu team selain Pahang susah kot..almaklumlah..
FAM = Pahang
Kepalanye same je..
May 31, 2013 - 6:51 pm
Keputusan menang kalah 1 jun nanti ditangan FAM.Mula2 kurangkan penyokong JDt. kedua pilih refere yg rapat dengannya. ketiga linesman akan angkat bendera offside apabila JDT menyerang.Keempat kasi kad merah kpd Mat yo n Nunes.Kelima bagi penalty pd Phg.