ATM Juara Piala Sumbangsih 2013


ATM Juara Piala Sumbangsih 2013

Piala Sumbangsih 2013 | Kelantan vs ATM

ATM menjulang piala pertama pada tahun 2013 selepas menewaskan ATM 4-3 dalam sepakan penalti selepas perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1.

ATM ternyata lebih menyerlah pada separuh masa pertama walaupun keputusan seri tanpa jaringan. 10 minit perlawanan dimulakan, penyerang Syazuan Hazani masuk menggantikan Fainizam Nordin yang cedera.

ATM kemudian terus mengasak dan mendapat sepakan percuma pertama perlawanan pada minit ke-13 namun tidak berhasil.

Seminit selepas itu K.Reuben dilayangkan kad kuning kerana mengasari Shakir Shaari.

Pasukan The Gladiators terus mengasak dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-16 apabila Venice Elphi dari kiri mara dan membuat hantaran kepada Bruno Martelotto di tengah yang kemudiannya membuat hantaran kepada Syazuan di kanan namun percubaan Syazuan terkena tiang.

Tiga minit selepas itu, Syazuan membuat hantaran kepada Hairuddin Omar di dalam kotak penalti tetapi tandukan kapten ATM itu tersasar.

Kelantan kemudian melakukan serangan balas apabil Zairo Anuar merembat dari tengah namun berjaya ditepis oleh penjaga gol ATM, Farizal Harun.

ATM terus berusaha sementara Kelantan masih mencari rentak apabila Reuben dari kanan membuat hantaran lintang kepada Hairuddin di dalam kotak penalti tetapi tidak berjaya disempurnakan.

Pada minit ke-37, Bruno melakukan hantaran baik kepada Hairuddin dari kanan namun tendangan Hairuddin tersasar ke tepi gawang gol.

Peluang kedua Kelantan tiba pada minit ke-41 apabila penyerang import Kelantan, Keita Mandjou melakukan percubaan dari kotak penalti, ditepis oleh Farizal dan ditendang keluar Irwan yang turut berada di garisan gawang gol.

Tiga minit selepas spearuh masa kedua bermula, Syazuan mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar.

Pada minit ke-55 jurulatih ATM B.Sathianathan melakukan perubahan dalam pasukannya dengan menggantikan Amirirdzwan Taj dengan Marlon Alex James.

Jaringan pertama akhirnya tiba seminit selepas itu, apabila Kelantan mendahului perlawanan hasil jaringan Indra Putra.

Kelantan sekali lagi mendapat peluang yang baik untuk menambah jaringan pada minit ke-61 apabila Nor Farhan mara dan membuat hantaran kepada Keita Mandjou yang menyumbat jaringan namun tidak diambil kira kerana dikatakan ofsaid oleh pengadil.

ATM cuba bangkit pada minit ke-65 apabila Syazuan membuat hataran kepada Hairuddin di kotak penalti namun sekali lagi percubaannya tersasar ke kanan gawang gol.

Dua minit selepas itu Kelantan melaukan penukaran pemain yang pertama apabila K.Nanthakumar masuk menggantikan Zairo Anuar.

Pada minit ke-70 gerakan cantik oleh Syazuan dan Hairuddin di tengah yang kemudian membuat hantaran kepada Marlon namun sasarannya tidak tepat.

Tidak lama selepas itu, Kelantan sekali lagi mendapat peluang dari dalam kotak penalti, namun percubaan kapten, Badhri Radzi tersasar.

Reuben kemudian dari kanan membuat hantaran kepada Marlon namun sekali lagi percubaannya tidak berjaya.

Kelantan sekali lagi mendapat peluang pada minit ke-1 melalui Zamri Ramli tetapi telah ditendang keluar oleh Reuben di gawang gol.

ATM masih tida berputus asa dan terus mengasak. Pada minit ke-85, Irwan Fadzly Idrus telah menyamakan kedudukan 1-1 melalui sepakan percuma.

Perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1 dan terpaksa ditentukan oleh sepakan penalti yang telah dimenangi oleh ATM dengan keputusan 4-3.

ATM Juara Piala Sumbangsih 2013

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

24 Responses to ATM Juara Piala Sumbangsih 2013

  1. Tahniah ATM, walapon ketinggalan tapi masih bersemangat mencari kemenangan, kepada penyokong TRW, jgn layan sangat provokasi penokong lain. Biasa la kalu kalah kene perli sikit tu dah jadi asam garam peminat bola. Masa menang treble pon kene perli, ini pulak kalah…. Kalu buleh kita Pertahan treble macam kedah buat. Tak buleh takpa, kita cuba lain tahun pulak. Yang penting gomo tetap gomo. Respect All Fear None!!!

    • masa Klate menang Piala Malaysia dgn ATM dulu pun aku kena perli dgn set2 penyokong lain (adalaa negeri tu…). Katanya “Jersi tu tak basuh2 ke… dah 4 hari dah tu wei…”

  2. Tabik kpd atm…walaupun tim cekai tapi mampu utk balun tim kelate yang kununnya hebat…. posisi mat yo masih tiada pengganti lagi…farhan masih jauh utk capai tahap mat yo dgn permainan yg kurang kemas dan tiada skill dribling selain kurang intelek…

  3. kejangkah kijang

    3 gol pon kalau tak sebab dia x menang la kijang treble ye dak.kelakar lah lu meroyan kuat sama mcm presiden kafa bengkak semacam je akhir2 ni

  4. dua2 team wasteful dpn gol. kelantan tepaksa terima hakikat ketiadaan mat yo-ghaddar mmg dirasai mlm tu. team kelantan skrg mcm one man show bergantung pd piya. buktinya ms first half bila piya disfunction, seluruh jentera kelantan x idup. masuk 2nd half br idup lps piya dpt sentuhan. dulu ada azwan roya kalo piya off form boleh harap ke azwan roya. knp la bojan dok amik keita mandjou over dimitris petratos. agaknya coach2 kat msia ni suka amik playaer2 import yg usia senja berbanding yg muda2 dan ada masa depan. dia ni dah past his prime.

    • yg ni bru komen bernas pasal bola..insyaAllah ada improvement dr seme nanti..

    • tak bersetuju dgn pendapat anda,,, pada separuh masa pertama bojan guna 4-2-3-1,, ziro operated as no.10 just behind keita. piya dan shakir kat tengah untuk kuasai bahagian tengah dan shakir berjaga2 dengan ancaman marteloto.sebab tu nampak piya tidak berfungsi sangat. tp setelah piya berperanan sebagai free role ada nampak perubahan di bahagian serangan. awal musim menjadi kebiasaan pasukan tengah mencari kesererasian antara pemain baru dan lama dan gameplan yang dirancang oleh coach. saya berpendapat bojan memilih keita yang nampak kuat dari segi pertarungan di udara, ball holding dan sebagai out and out striker.

  5. penyokong trw hok sekolah

    tahniah kepada pasukan atm kerana dapat mengalahkan pasukan trw, atm dah dikira pasukan hebat lah sekarang, coach sathia masih powe lg, adik kakak ambo, kita kalah takpolah, hakikat main bola mcm tu doh, jadikan kekalahan tu sebagai pengajaran kepada pemain, jurulatih dan untuk adik kakak ambo semua, bola sepak permainan berpasukan, bagilah peluang dan masa kepada pemain trw yang baru dan yang lama tu untuk serasi dan understanding, sokongan adik kakak semua dinantikan, yang paling penting jatuh dan bangun trw ni, adalah jatuh bangun kita jugak, training2 jugak, tp jgn lupa kita berdoa, mlm esok kita datang ramai2 ke stadium keramat kita, pastikan rekod tanpa kalah kita terjaga untuk musim 2013 ni, kepada peminat2 pasukan lain, sudah2lah kita duk bermusuhan mcm ni, saya akan baca dan terima sekiranya komen anda bagus, bernas dan ade faedah, begitu jugak sebaliknya, marilah kita jadikan sokernet ni tempat yang bersih dari lalat yang membawa penyakit benci, hina, keji, hasut. kutuk , maki tu,

    kepada adik kakak ambo pulok, kita jgn duk layanlah, sapo2 hok kutuk trw ni, takdok duk rugi, buang masa kita jah duk layan puak2 hok meme doh lagu tu, beli jersi baru dan original lah wei, semayang dulu baru masuk stadium, mercun2 tak payah bawok lah tahun ni deh, kita semua nak gi tgk bola jah, bukan nak tgk mercun.

    majulah sukan untuk negara, bola sepak untuk semua, bola sepak untuk perpaduan dan penyatuan sesama kita semua.

    sekian, wassalam

    • Kan bagus klu ko ade slalu update bnda2 gini…tgok ramai ke org yg nk kutuk2 kelantan ni?menjak2 ni ramai fans johor telagah dengan fans kelantan Ada tak fans johor ramai2 datang kutuk kt feedback ni?x ade kan? nk di ingatkan je…johor ni pyah nk cari pasal kecuali ade org provoke pasal kenegerian…adat la manusia kn,,,mane2 negeri pn lau kne kutuk marah la,sekarang ni pasal bola johor jdi mangsa…sedih aq tgok..org2 mcam ko ni bgus ade ramai jdi penyokong…baru profesional….

  6. KALOH KALOH KALOH KALOH KALOH KALOH KALOH. ATM juga yang KUAT KUAT KUAT KUAT. Dulu masa menag Piala M, bukan main lagi kutuk ATM. Sekarang apa rase….?

    • penyokong trw hok sekolah

      sedara jangan jadi lalat, tak perlu panaskan lagi room ni, kami penyokong trw rasa sedih jerlah dgn kekalahan piala sumabangsih tu, cukup lah sedara, saya dah pesan panjang lebar kat atas tu, harap sedara boleh baca lah, jgn ada lagi provokasi sesama kita nih,

      bagi pihak trw pun saya mohon dengan sungguh2 kita jangan layan provokasi, saya minta adik kakak trw dlam sokernet ni, kita tunjukkan komen2 bernas, ada asas, fakta, berguna dan berfaedah demi kemajuan bola sepak tanah air kita,

      hentikanlah komen2 yang mengeji, menghina, mengutuk sape2 pun dalam ni,

      buatlah sesuatu kebaikan untuk diri sendiri dan untuk orang lain jugak, takde salahnya, ingat pesan ambo tu,

  7. Biler mng dkater bongkak…sombong..biler kalah lak,dkutuk2!! Adakah sikap anti kelantan mmg begitu tebal dlm ati mereka2 ini???? Aku org selangor tp xpnah lg aku iri ati or anti pde kelantan malah aku bangga jd fans TRW…tok pengetahuan semo aku dah lame jd fan TRW dr zaman hashim mustapa,tuan kamree,zaidi napiah,wan kamarullzamn,zahasmi ismail,dan ramai lagi!!! Aku sedih gler biler TRW jatuh merudum dr thun 2002 sapa 2008.. Nmun sejak kebelakangn ni TRW dah naik kembali mewarnai kancah liga mlysia yg slame ni dimonopoli oleh satu lg team kesyangan aku Red Giant!!! Pd aku xpyahla kita sesama islam ni dok gaduh sal team maner power or xpower,xde pekdahnyer pun hanyer skadar hiburan saje!!! Pleez stop any provocation to any team…may the best team win!!! Adios…

    • kak melah respek sama org meru. Peminat bola yang sejati.

    • X baca ke komen TRW selama ni pada pasukan lain. Masa menang x pijak bumi, bila kalah x leh terima. .Kalau x percaya tengoklah masa menang nanti. Bongkak. Nasihatkan TRW dulu baru, baru orang lain boleh diam.he3

  8. HANYA ADA SATU PEMENANG..TANHIAH ATM…TAHNIAH KLATE TRW

  9. Peminat/Penyokong Bolasepak
    Menang: Sokong dan puji
    Kalah: Komen dan kutuk kesilapan dr segi teknikal dan taktikal, tp kalau game bagus dieorg puji dan terima kekalahan..

    Peminat/Penyokong Pemain Bolasepak (biasanya pompuan)
    Menang: Eeeii kiter suker kat pemain jerr…team mana pon takper
    Kalah: Eeeii tak baik le korang kutuk pemain kegemaran kiterr!! walaupon kalah die tetap hensem tau!

  10. Piala S.Ahmad Shah…..Kelantan tak minat….sebab tu bagi kt ATM!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>