Thursday, 05/09/2013


Terengganu vs Kedah LIVE di TV1

Published on October 12, 2010 by   ·   1 Comment

Kelantan di laluan terbaik untuk ke suku akhir

MISI ‘balas dendam’ menjadi agenda penting Terengganu apabila turut melayan kunjungan Kedah pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2010 malam ini.

Watak utama kepada pertembungan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini pastinya jurulatih Terengganu, Irfan Bakti yang mahu menyelesaikan semua ‘hutang’ melibatkan kedua-dua pasukan.

Katanya, dia kekalahan kepada skuad Kenari pada aksi separuh akhir Piala FA musim ini perlu dilunaskan bagi memadamkan memori lama yang membelenggu skuad dari Pantai Timur itu.

“Tiga kemenangan berturut-turut yang diraih seperti mengembalikan semula nyawa kami untuk terus pergi lebih jauh. Jadi kami tak boleh sia-siakan peluang ini,” kata Irfan Bakti.

Sementara itu, Pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din berkata, prestasi pemain skuad Kenari ketika ini berada pada tahap terbaik dan peluang untuk pasukannya meraih kemenangan tetap ada.

Namun katanya, pemain tidak boleh memandang mudah perlawanan itu kerana pasukan lawan pasti mahukan kemenangan lebih-lebih lagi mereka beraksi di hadapan penonton sendiri.

“Pemain dilihat begitu bersemangat bagi mengharungi perlawanan ini dan diharapkan semangat itu dapat diterjemahkan di padang dengan kemenangan,” katanya.

Peminat kedua-dua pasukan boleh menyaksikan perlawanan malam ini yang disiarkan secara langsung menerusi RTM (TV1).




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (1)

  1. nuwa says:

    padam muke selangor..ego sngat




Latest News