Thursday, 04/03/2021


Pemain muda Perlis digesa tidak terlalu hormati lawan

Published on January 8, 2010 by   ·   No Comments

“BUKTIKAN keupayaan dan jangan terlalu hormatkan lawan,”. Itulah pesanan jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adzhar Yusoff buat barisan muda menjelang pertemuan Liga Super dengan Johor FC di Kangar, Sabtu ini.

Bagi Nidzam, barisannya yang terdiri daripada 90 peratus pemain muda tidak harus membiarkan perasaan hormatkan lawan menjejaskan permainan mereka, ketika kemenangan penting dalam menyuntik keyakinan bagi musim ini.

“Bagi saya, perlawanan menentang Johor FC adalah peluang terbaik kepada semua pemain muda ini untuk menyerlahkan kehebatan masing-masing, sekali gus membantu merealisasikan impian pasukan mencatat kejayaan pertama pada kempen Liga M musim baru ini.

“Kerana itu, mereka tidak harus mempersia-siakan peluang yang diberikan dalam memastikan tempat dalam pasukan ini,” katanya.

Nidzam berkata, berbanding skuad yang muncul naib juara Liga Super musim lalu, Perlis musim ini hanya diperkuatkan tiga tonggak veteran iaitu ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan; Shariman Che Omar dan Zurendey Jumai.

Bakinya adalah pemain muda termasuk empat anggota skuad bawah 23 tahun negara yang memenangi pingat emas Sukan Sea, Mohd Farizal Marlias (penjaga gawang), Mazlizam Mohamad (pertahanan), Amar Rohidan (tengah) dan Ahmad Fakri Saraani (penyerang).




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News