JUARA Treble 2007 dan 2008, Kedah menyingkirkan naib juara musim lalu, Kelantan untuk mara ke suku akhir Piala FA selepas mengikat pasukan Red Warriors 1-1 di Stadium SUltan Mohd Ke-IV, Kota Bharu malam ini.
Kedah mara menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama di Alor Setar Selasa lalu.
Kelantan seharusnya menyalahkan diri sendiri ekoran gagal menyudahkan banyak peluang terhidang di depan gawang lawan yang nyata membawa padah dan menghampakan 20,000 peminat setia pasukan itu yang memenuhi stadium pada malam ini.
Ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin pada satu ketika memberikan harapan buat penyokong tuan rumah apabila berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-73.
Namun kegembiraan para penyokong tuan rumah tidak bertahan lama apabila selang dua minit selepas itu Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol penyamaan yang nyata membawa tuah pasukan Kenari untuk mara ke suku akhir.
Tags: Baddrol Bakhtiar, Kedah, Kelantan, Piala FA
kedah buat yg trbaik
pulun kedah pulun
biar jasa jadi kenangan
kedah membuktikan,mereka masih berbisa dengan menumpaskan finalis piala fa tahun lalu..namun diucapkan tahniah juga kpd pasukan kelantan kerana telah beraksi bersungguh-sungguh.