SEPAKAN percuma Joseph Kallang Tie seminit sebelum perlawanan tamat mengubah nasib Terengganu apabila berjaya menang tipis 1-0 ke atas pasukan kelab dari negeri yang sama, T-Team dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. (LIHAT VIDEO)
Kemenangan itu sekali gus membuka ruang buat Terengganu untuk mencabar kedudukan tangga kedua liga selepas Kelantan sekadar memungut satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan Kedah di Alor Setar.
Terengganu kini mengumpul 36 mata, hanya tiga mata di belakang Kelantan yang akan bertandang ke Pulau Pinang menentang pasukan Pulau Mutiara itu Sabtu ini.
Skuad Penyu pula berdepan pasukan ibu kota, Kuala Lumpur yang prestasi agak turun naik ketika ini.
Tags: Joseph Kallang Tie, Liga Super, T-Team, Terengganu