Azlan Ismail menjaringkan dua gol untuk membantu Kedah menamatkan rekod tanpa kemenangan di gelanggang sendiri dengan menewaskan T-Team 3-1 di Stadium Darulaman malam ini.
Faizal Abu Bakar membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-18 sebelum Azlan menambah gol kedua lapan minit kemudian. Berakhir babak pertama Kedah mendahului pasukan pelawat 2-0.
Azlan sekali lagi menghukum kelemahan benteng T-Team untuk gol kedua peribadinya pada minit ke-59.
Sekali pun Norhisham Ismail berjaya mencipta jaringan T-Team pada minit ke-82 namun ia sekadar gol saguhati buat pasukan pelawat apabila gagal menambah sebarang gol selepas itu untuk pulang dengan tangan kosong, manakala penyokong pasukan Kenari nyata tersenyum lebar melihat pasukan kesayangan berjaya memecah badi tempat sendiri.
Tags: Kedah, Liga Malaysia, Liga Super, T-Team
mental para pemain kedah telah meningkat sejak kemenangan ke atas t-team di gelanggang sendiri,sekarang hanya tunggu piala saja..
bila khyril muhymeen nak beraksi?? tak sabar nak tengok dia beraksi dengan azlan ismail… pasti mantap di bahagian serangan..pulun kedah pulun…