PENDAHULU Liga Super, Selangor sekadar membawa pulang satu mata selepas diikat 1-1 oleh Perlis dalam aksi di Stadium Utama, Kangar malam ini.
Selangor gagal mengulangi persembahan ketika membaham Johor 6-0 di Shah Alam, Selasa lalu, sebaliknya hampir-hampir berputih mata jika tidak kerana jaringan Safiq Rahim empat minit sebelum babak pertama berakhir.
Sebelum itu Ahmad Fakhry Saarani meletakkan tuan rumah di depan hasil jaringan pada minit ke-12, namun dikecewakan dengan gol penyamaan Safiq pada minit ke-41 untuk berkongsi mata dengan pasukan Merah Kuning itu.
Tags: Kangar, Liga Malaysia, Liga Super, Perlis, Selangor