Thursday, 24/09/2020


‘Bintang’ Red Warriors malap di Kangar

Published on January 17, 2010 by   ·   No Comments

KEDUDUKAN Kelantan di tangga kedua liga tergugat ekoran keputusan seri tanpa jaringan dengan Perlis dalam aksi Liga Super di Stadium Utama, Kangar malam tadi.

Disusuli kemenangan besar pasukan jiran Pantai Timur, Terengganu yang membelasah Pulau Pinang 4-0 di Kuala Terengganu, skuad bimbingan B Sathianathan kini tergelincir ke tangga kelima Liga Super dengan memungut lima mata daripada tiga perlawanan.

Bagaimana pun Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan dan muncul satu-satunya pasukan yang belum dibolosi sebarang gol.

Pada aksi pertama menentang Terengganu 9 Januari lalu, Kelantan turut diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan sebelum menewaskan Johor 3-0 di tempat sendiri, Rabu lepas.

Dalam aksi malam tadi, percubaan terbaik tuan rumah hadir menerusi sepakan percuma kapten, Fauzie Nan tetapi diselamatkan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein pada minit terakhir babak pertama.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News