Sunday, 14/04/2013


Negeri Sembilan bangkit catat kemenangan sulung

Published on January 19, 2010 by   ·   No Comments

JUARA Piala Malaysia, Negeri Sembilan bangkit di hujung perlawanan untuk menamatkan rekod tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan lalu apabila menundukkan KL Plus 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Selepas ketinggalan 0-1 kepada pasukan pelawat menerusi jaringan Nizaruddin Yusof pada minit ke-72, Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit terakhir perlawanan, sekali gus memberikan tiga mata yang cukup berharga buat tuan rumah.

Mohd Firdaus Azizul muncul wira Negeri Sembilan apabila menjaringkan dua gol berturut-turut pada minit ke-84 dan 90 untuk memberikan kemenangan pertama skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan dalam saingan Liga Super musim ini.

Dalam tiga perlawanan terdahulu, Negeri Sembilan tewas 1-2 kepada Selangor pada aksi pembukaan sebelum mencatat dua keputusan seri berturut-turut selepas itu. Seri 1-1 dengan Johor FC dan terikat tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Negeri Sembilan kini menghuni tangga kesembilan liga dengan lima mata manakala KL Plus satu tangga di bawah dengan empat mata.

Negeri Sembilan akan bertandang ke Stadium Darul Makmur menentang Pahang Sabtu ini. KL Plus pula menjadi tuan rumah kepada Kuala Lumpur.




Related posts

coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News