Real Madrid juara Liga Sepanyol 2011/2012
Real Madrid Juara Liga Sepanyol 2011/2012
REAL Madrid menamatkan kemarau empat tahun apabila muncul juara Liga Sepanyol selepas menewaskan Athletic Bilbao 3-0 hasil jaringan Gonzalo Higuain, Mesut Ozil dan Cristiano Ronaldo, awal pagi tadi.
Madrid memerlukan kemenangan dengan Bilbao apabila sebelum itu pesaing terdekatnya yang juga penyandang juara, Barcelona menewaskan Malaga 4-1.
Kejayaan itu juga mencatat rekod kepada pengurus Real, Jose Mourinho apabila membolot empat trofi liga di empat negara berlainan.
Ia lebih manis apabila Real mengesahkan trofi La Liga miliknya ketika saingan liga masih berbaki dua lagi perlawanan musim ini.
Mourinho sekali lagi enggan bertemu wartawan Sepanyol selepas tamat perlawanan tetapi bercakap kepada Real Madrid TV.
“Ia kejuaraan yang hebat untuk kami, tiada siapa memberi harapan kepada kami sepanjang musim ini, kami bangkit dari mula (musim) hingga penamat dan ia amat mengagumkan dan pemain berhak memiliki kejuaraan ini.
“Saya sudah memenangi kejuaraan di Portugal, Itali dan England tetapi di sini (Sepanyol) adalah yang paling sukar sekali.
“Saya fikir Barca sekali pun selepas menang tiga kejuaraan berterusan, mereka tahu bahawa kami berhak memilikinya kali ini,” kata pengurus berusia 49 tahun itu.
Real Madrid Juara Liga Primera Sepanyol 2011/2012
May 4, 2012 - 6:42 pm
terbaik
June 19, 2012 - 10:29 am
yippee terbaikkk