Real Madrid juara UEFA Champions League 2014
Keputusan Final: Real Madrid 4 Atletico Madrid 1
Real Madrid muncul juara Liga Juara Eropah musim 2013-2014 setelah menewaskan kelab senegara Atletico Madrid 4-1 dalam perlawanan akhir Liga UEFA Champions League di Stadion Da Luz, Lisbon, Portugal awal pagi tadi.
Real lebih banyak mengancam kubu pertahanan Atletico, namun dari serangan yang hanya sesekali itu pula Atletico lebih dulu memimpin perlawanan 1-0 melalui tandukan pertahanan, Diego Godin minit ke-36.
Tersentak dengan gol tersebut, Real melakukan tekanan bertubi-tubi ke kawasan pertahanan Atletico namun gol penyamaan yang diburu hanya muncul pada minit ketiga masa kecederaan babak kedua juga melalui tandukan pemain pertahanan, Sergio Ramos.
Gol penyamaan itu memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit. Real meneruskan tekanannya, sementara mental pemain Atletico kelihatan makin mengendur dan akhirnya terpaksa menerima kenyataan trofi yang sudah di depan mata akhirnya terlepas dari genggaman pada masa kecederaan.
Kelelahan mental itu dimanfaatkan secara maksimum oleh barisan kendalian Carlo Ancelotti. Pada minit 110 Gareth Bale menyambar bola muntah dari penjaga gol Atletico Courtois yang gagal menangkap kemas tendangan Di Maria.
Marcelo menambah tekanan buat Atletico pada menit ke-118 apabila dia memanfaatkan kelemahan pertahanan Atletico yang kepenatan dan membiarkan Marcelo lolos membawa bola dan melepas tendangan terus ke gawang Atletico.
Kemenangan Real diakhiri dengan gol keempat menerusi sepakan penalti Cristiano Ronaldo. Godin, yang satu ketika menjadi satu-satunya penghalang buat Real mengasari Ronaldo dalam kotak penalti.
Keputusan mutlak, Real Madrid menang 4-1 ke atas Atletico Madrid memastikan gergasi Sepanyol itu memecah rekod muncul juara UEFA Champions League sebanyak 10 kali.
Luahan Perasaan