ANDRES Iniesta dan Carles Puyol memberikan Barcelona kemenangan berharga 2-1 ke atas Valencia yang merupakan pendahulu liga sebelum ini dalam aksi di Nou Camp semalam.

Pelawat terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-38 melalui serangan balas melalui Pablo Hernandez yang menerima lorongan Jeremy Mathieu.

Iniesta bagaimanapun memberikan Barcelona gol penyamaan selepas bertukar hantaran dengan Xavi pada minit ke-47.

“Gol tersebut memberikan keyakinan kepada kami untuk kembali bangkit. Kami telah menukar sesuatu terhadap sistem permainan kami dan ia berhasil,” kata Iniesta.

Xavi, yang baru pulih daripada kecederaan, menjadi perancang kepada gol kemenangan Barcelona selepas hantaran silangnya disambut baik oleh Puyol yang menanduk kencang ke dalam gawang Valencia.

Terdahulu, Simao Sabrosa dan Diego Costa mencetak nama selaku penjaring pada setiap separuh masa bagi memberikan Atletico Madrid tiga mata penuh mengalahkan jiran terdekat, Getafe, 2-0.

Dengan kedudukan tersebut, Atletico naik ke tangga kelima dan memungut 13 mata sementara Getafe jatuh ke tangga ketujuh dengan 10 mata.




coded by nessus

Main topics: Liga Sepanyol

Sub topics: , , , ,


Readers Comments (0)