Chelsea mengamuk lagi

BUAT kali kedua berturut-turut, Chelsea mencatat kemenangan besar 6-0 di tempat lawan, kali ini Wigan menjadi mangsa kedua belasahan anak buah Carlo Ancelotti selepas West Bromwich turut mengalami nasib sama minggu lalu.

Sekalipun tidak menjaringkan gol namun bintang Ivory Coast yang melakar hatrik dalam perlawanan menentang West Bromwich, Didier Drogba muncul arkitek penting bagi kemenangan bergaya The Blues awal pagi tadi.

Kecemerlangan Chelsea dimulakan dengan jaringan pemain Perancis, Florent Malouda pada babak pertama.

Seorang lagi pemain Perancis, Nicolas Anelka menambah perit pasukan Wigan apabila hanya memerlukan tempoh empat minit untuk menjaringkan dua gol berturut-turut.

Pesta gol Chelsea tidak berakhir di situ sahaja apabila Salomon Kalou menambah lagi dua gol dan jaringan pada minit ke-90 oleh Yossi Benayoun melengkapkan kemenangan besar kedua Chelsea musim ini.

Selepas dua perlawanan awal berlangsung di tempat lawan, Chelsea kembali beraksi di hadapan penyokong mereka di Stamford Bridge minggu depan dengan menanti kunjungan Stoke City.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>