West Brom kejutkan Liverpool 2-1

Posted by on Apr 03, 2011 | Leave a Comment

CHRIS Brunt berjaya menggegar jaring sebanyak dua kali melalui sepakan penalti pada separuh masa kedua membolehkan West Bromwich menang 2-1 ke atas Liverpool lewat malam tadi.

Martin Skrtel meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-50 melalui tandukan kuatnya selepas menerima bola sepakan sudut.

Bagaimanapun Sotirios Kyrgiakos menjatuhkan Peter Odemwingie di dalam kotak penalti dan sepakan disempurnakan oleh Brunt pada minit ke-62 menewaskan Pepe Reina.

Brunt sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 selepas Reina mengasari Odemwingie dan menyebabkan pengadil menghadiahkan West Brom sepakan penalti kedua.




Related posts

coded by nessus

Leave a comment