Prebiu Liverpool vs Arsenal

  • Liverpool vs Arsenal
  • 15 Ogos 2010, 11.00 malam
  • Anfield

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger tetap yakin dengan kemampuan barisan pemain mudanya menjelang aksi menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield malam ini.

“Kami terpaksa mengharungi cabaran sukar pada aksi pertama dengan menentang Liverool tetapi ia merupakan peluang terbaik bagi membuktikan kemampuan kami dalam usaha merampas kembali kejuaraan liga.

Liverpool vs Arsenal“Perlawanan dengan Liverpool juga bakal menjadi kayu pengukur kepada tahap persembahan pemain-pemain saya dan sudah pasti, ia memerlukan tumpuan yang sepenuhnya.

“Persembahan ketika aksi pra musim baru-baru ini memberi motivasi terbaik buat kami untuk memastikan matlamat utama kami pada musim ini mampu dicapai,” jelas Wenger.

Tambah beliau, saingan pada musim ini menjadi semakin sengit dengan enam atau tujuh kelab dilihat mampu bergelar juara liga.

“Amat penting bagi kami untuk mengekalkan rentak konsisten dalam setiap perlawanan dan mencatat kemenangan ke atas kelab-kelab utama.

“Apa pun kami masih mempunyai kelebihan berbanding kelab lain kerana kami sememangnya telah mengenali antara satu sama lain dengan baiknya dan tahu bagaimana cara terbaik untuk bermain,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Wenger yang telah membimbing Arsenal sejak tahun 1996, dilaporkan memperbaharui kontraknya bersama skuad The Gunners itu.

Pengurus kelahiran Perancis itu telah menyatakan persetujuan untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun lagi bagi membimbing Arsenal.

“Saya perlu membuktikan kepada semua yang saya percaya dengan kemampuan pasukan ini dengan menunjukkan komitmen saya,” kata Wenger yang kontrak asalnya bersama Arsenal tamat hujung musim ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>