Manchester United mula dapat rentak

manchester united 2-1 stoke city 2014

Manchester United kini dilihat kembali menemui sentuhan selepas melalui permulaan musim yang tidak menentu di bawah pengurus baharu, Louis van Gaal apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut ketika menewaskan Stoke City 2-1 pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.

United seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol mereka, David de Gea yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan yang mampu menghasilkan jaringan buat Stoke terutama pada lewat permainan.

Kemenangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan United di kelompok empat pasukan terbaik kini, namun, mereka menyedari bahawa perjalanan masih panjang tetapi keputusan tersebut dilihat cukup positif terutama ketika era pasca Alex Ferguson.

Marouane Fellaini yang gagal mempamerkan aksi terbaik musim lalu, membuka tirai jaringan pada minit ke-21 yang merupakan gol keduanya musim ini sebelum sepakan percuma Juan Mata menerjah jaring untuk gol kedua (59) menggembirakan Van Gaal biarpun sebelum itu Stoke berjaya menja­ringkan gol penyamaan melalui Steven N’zonzi (39).

“Saya sangat gembira dengan keputu­san ini, ia kemenangan keempat berturut-turut dan sangat penting sebelum kami mengadakan parti Krismas esok (hari ini). Saya lebih berminat untuk melihat persembahan pasukan daripada keputusan yang diperoleh. Saya memang seorang jurulatih yang sangat gila.

“Saya mahukan persembahan terbaik. Saya sangat gembira dengan aksi ketika menewaskan Hull City dan sepatutnya aksi kali ini lebih baik,” katanya yang sedikit kecewa dengan persembahan pemainnya pada babak pertama perlawanan menentang Stoke.

United bakal turun menentang Sout­hampton yang berada di tangga ketiga liga, Isnin ini dan kemenangan kelima sangat diharapkan untuk memastikan mereka terus optimis memburu ke­jua­ra­an liga untuk kali ke-20 jika mampu memenangi kesemua perlawanan selepas ini.

“Saya mahu menunggu sehingga perlawanan seterusnya sebelum membuat sebarang penilaian tetapi ketika ini kami berada dalam keadaan yang sa­ngat menggembirakan.

“Kami menang empat kali berturut-turut, ia merupakan pencapaian yang baik. Saya mahu melihat situasi ini berulang lagi ketika menentang Sout­hampton.

“Saya percaya apabila kami memenangi perlawanan di tempat lawan buat kali kedua berturut-turut, ia pastinya memberikan momentum yang baik untuk pasukan,” ujarnya.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>