Manchester United 2-1 Stoke City [EPL 2014]

manchester united vs stoke city 1-0 epl 2014

Marouane Fellaini, Juan Mata pastikan tiga mata penuh milik MU

Manchester United meneruskan rentetan kemenangannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengatasi Stoke City 2-1 di Old Trafford awal pagi tadi.

Dua gol sumbangan Marouane Fellaini dan Juan Mata membolehkan United meraih kemenangan keempat berturut-turut sejak tewas 0-1 di tangan seteru setempat, Manchester City 2 November lalu.

Berdepan Stoke di Old Trafford United turun tanpa kapten, Wayne Rooney yang mengalami cedera lutut dan Angel Di Maria juga masih cedera. Posisi dua pemain tersebut digantikan oleh James Wilson dan Ander Herrera.

Anak buah Louis van Gaal membuka jaringan lewat tandukan Fellaini pada minit ke-21, namun sebelum babak pertama berakhir pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan Steven Nzonzi.

Pada babak kedua, tendangan bebas Juan Mata minit ke-59 membawa United berada di depan sekali lagi. Gol tersebut akhirnya menjadi penentu kemenangan pasukan tuan rumah.

Kemenangan keempat sejak 8 November bagaimanapun tidak mengubah posisi United di kedudukan Carta EPL, namun ia mampu memberi tekanan kepada pasukan tangga ketiga, Southampton yang berdepan Arsenal di Stadium Emirates awal pagi esok.

Red Devils masih berada di tangga keempat dengan memungut 25 mata daripada 14 perlawanan manakala Stoke City di posisi ke-13 dengan 15 mata.

Jadual EPL 4 Disember 2014

  • Chelsea vs Tottenham
  • Sunderland vs Manchester City
  • Arsenal vs Southampton
  • Everton vs Hull City

manchester united vs stoke city 1-0 epl 2014

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>