Manchester City ke Liga Juara Eropah
MANCHESTER CITY menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris selaku empat pasukan teratas selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur semalam dan memastikan sekurang-kurangnya satu tempat ke kelayakan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Jaringan sendiri penyerang Spurs, Peter Crouch menghadiahkan kemenangan kepada City yang menghimpunkan pemain bernilai tinggi sekali gus membolehkan mereka menghampiri aksi pertama Liga Juara-Juara dan menamatkan harapan Tottenham untuk satu musim lagi berada dalam saingan elit kelab Eropah itu.
Kemaraan itu dicapai dengan persembahan mantap untuk memberikan tonik terbaik sebelum final Piala FA menenentang Stoke City, Sabtu ini.
la trofi pertama City sejak 35 tahun lalu jika memenanginya.
Lebih menarik lagi, ia misi balas dendam paling manis buat City yang terlepas slot kelayakan Liga Juara-Juara tahun lalu apabila tewas 1-0 kepada Spurs di tempat sendiri dan keadilan buat skuad Eastlands itu apabila Crouch menjaringkan gol kemenangan ketika itu.
Luahan Perasaan