Manchester City 3-0 Liverpool
MANCHESTER City mencatat kemenangan 3-0 ke atas Liverpool, jaringan kemenangan terbesar ke atas lawannya sejak 1937, dua daripadanya dijaringkan penyerang sensasi Argentina, Carlos Tevez dalam aksi di Eastlands awal pagi tadi.
James Milner yang beraksi buat pertama kali buat City membuka ruang buat Gareth Barry untuk menyumbat gol pertama pada minit ke-13 sebelum Tevez menambah dua lagi pada minit ke-52 dan 67.
Liverpool yang beraksi tanpa Javier Mascherano yang dikaitkan dengan perpindahannya ke Barcelona — menyaksikan sepakan kencang kaptennya, Steven Gerrard terkena palang.
Penjaga gol City, Joe Hart pula menyelamatkan sekurang-kurangnya dua percubaan bahaya daripada David Ngog dan Fernando Torres.
August 24, 2010 - 6:46 pm
yup.. manchester city sememangnya layak memenangi perlawan tersebut kerana dibarisi oleh bintang2 handalan dunia masa kini… nampaknya pelaburan pasukan manchester city pada musim ini memberikan kelebihan kepada pasukan itu.