Liverpool tewaskan 10 pemain Leicester 3-1

leicester city vs liverpool 1-3 epl 2014

Liverpool kembali meraih kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 3-1 ke atas Leicester City yang bermain 10 orang selepas satu jam perlawanan.

Dalam aksi di King Power Stadium itu, Liverpool lebih dulu tertinggal menerusi gol sendiri Simon Mignolet pada minit ke-22, namun Adam Lallana berjaya menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

Di babak kedua Liverpool menambah dua lagi gol menerusi Steven Gerrard dan Jordan Henderson untuk memastikan kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan Stoke City 1-0 empat hari lepas.

Leicester kehilangan Wes Morgan di pertengahan babak kedua selepas menerima kad merah.

Liverpool berjaya memperbaiki kedudukan ke tangga kelapan Carta EPL, namun ia akan berubah jika Tottenham dan Everton berjaya mengutip tiga mata awal pagi esok.

Jadual EPL 4 Disember 2014

  • Chelsea vs Tottenham
  • Sunderland vs Manchester City
  • Arsenal vs Southampton
  • Everton vs Hull City

leicester city vs liverpool 1-3 epl 2014

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>