Liverpool 1-0 West Bromwich

FERNANDO Torres akhirnya berjaya menjaringkan gol untuk membantu pasukannya, Liverpool meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini dengan menewaskan West Brom 1-0.

Pasukan ‘The Reds’ itu memulakan perlawanan dengan beberapa percubaan bahaya.

Selepas beberapa minit sahaja wisel permulaan dibunyikan, gandingan gerakkan yang dilakukan oleh Torres dan Steven Gerrard hampir membuahkan hasil.

Percubaan yang dilakukan Gerrard memaksa penjaga gol West Brom, Scott Carson keletihan untuk menidakkan gol.

West Brom juga cuba untuk menyerang balas dengan percubaan Marc-Antoine Fortune, yang hanya rendah dan agak mudah diselamatkan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina.

Fortune sekali lagi menjadi perhatian apabila menghantar bola tepat ke Gonzalo Jara yang kemudiannya membuat percubaan terkena lengan Daniel Agger memaksa Reina untuk bertindak dengan pantas.

Setelah separuh masa kedua bermula, Liverpool akhirnya memecah kebuntuan apabila Torres berjaya meletakkan ‘The Reds” dihadapan.

Gol yang berpunca dari hantaran Dirk Kuyt itu disepak kemas untuk Torres menewaskan Carson pada minit ke-65.

Torres berpeluang untuk menambah jaringan apabila Gerrard menghantar bola dari arah kiri padang tetapi percubaan Torres kali ini berjaya diselamatkan Carson.

West Brom cuba bangkit apabila percubaan yang dilakukan Somen Tchoyi hanya sedikit tersasar.

Segala-galanya berakhir bagi West Brom setelah terpaksa bermain dengan 10 orang apabila James Morrison dilayangkan kad merah kerana mengasari Torres.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>