Gerrard terus teka teki masa depan bersama Liverpool
KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard enggan membicarakan mengenai masa depannya bersama kelab itu sekalipun cemerlang meledak jaringan ketika menewaskan Leicester City 3-1, kelmarin.
Perancang tengah berusia 34 tahun itu kembali mengisi kesebelasan utama The Reds selepas direhatkan di bangku simpanan ketika kemenangan 1-0 menentang Stoke pada Ahad.
Hasilnya, bekas pemain antarabangsa England itu meledak jaringan kedua perlawanan yang menyaksikan Liverpool terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum menang.
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mendedahkan sebelum perlawanan Gerrard sudah ditawarkan kontrak baharu namun ditanya sama ada sudah menandatanganinya, Gerrard memberitahu BT Sport: “Saya akan memutuskannya apabila saya bersedia.
“Tiada apa yang ingin dikatakan mengenai kontrak ketika ini. Apabila ada, peminat mengenai saya sejak begitu lama.
“Saya akan keluar dan berkata apa yang ingin saya katakan,” katanya.
Liverpool ketinggalan pada minit ke-22 aksi di Stadium King Power itu apabila pemain Stoke, Leonardo Ulloa meledak gol pembukaan yang menewaskan Simon Mignolet.
Namun kedudukan itu tidak lama apabila Adam Lallana menyamakan kedudukan empat minit kemudian diikuti jaringan kedua Gerrard ketika babak kedua baru bermula sembilan minit yang menjadi gol pertamanya sejak September lepas.
Keadaan semakin parah buat Leicester apabila pertahanan tengah, Wes Morgan diarah keluar padang kerana mengasari Rickie Lambert yang pantas digunakan sepenuhnya Jordan Henderson yang meledak gol ketiga pada minit ke-83.
Luahan Perasaan