EPL: Stoke City kejutkan Liverpool 2-0

LIVERPOOL terus mempamer aksi hambar apabila tewas 0-2 kepada Stoke City di Stadium Britannia awal pagi tadi.

Keputusan itu nyata memberi satu lagi kejutan buat anak buah Roy Hodgson selepas diikat dengan keputusan seri 1-1 ketika menentang Wigan dalam aksi pertengahan minggu.

Sebaliknya ia merupakan aksi terbaik buat anak buah Tony Pulis minggu ini dan gol pasukan tuan rumah itu dijaring oleh Ricardo Fuller pada minit ke-56 dan Kenwyne Jones di akhir perlawanan.

Malang bertimpa buat Liverpool apabila pemain tengahnya, Lucas Leiva dilayang kad merah ketika perlawanan hampir tamat selepas menerima dua kad kuning.

Di dalam perlawanan lain yang berlangsung malam tadi, Bolton berjaya menjinakkan Wolverhampton 3-2 di gelanggang lawan di dalam aksi penuh mendebarkan sementara Wigan Athletic menang tipis 1-0 ke atas West Bromwich.

Manchester United pula diikat 2-2 oleh Aston Villa, keputusan yang memberikan kelebihan buat seteru utamanya, Chelsea yang berdepan Sunderland di Stamford Bridge malam ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>