Cabaran buat 3 pendatang EPL

NEWCASTLE, West Bromwich Albion dan Blackpool perlu memberi aksi terbaik sebaik kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ketiga-tiga pasukan baru itu pasti menempuh musim baru dengan matlamat utama untuk kekal di EPL pada musim depan.

Selepas hanya tercicir satu musim, Newcastle, juara Liga Championship perlu mencari strategi terbaik ketika berkunjung ke Manchester United 16 Ogos ini, pasukan yang gagal mereka jinakkan sejak 40 tahun lalu.

Pasukan bimbingan Chris Hughton (gambar) diperkuat tiga muka baru untuk beraksi di EPL musim ini biarpun pengurus pasukan itu sukar membentuk pasukan terbaiknya selepas pemilik, Mike Ashley, enggan berbelanja besar pada musim perpindahan pemain.

Hughton dipaksa melakukan pinjaman atau mendapatkan pemain tanpa yuran perpindahan untuk memperkuat skuad itu. Sejuta pound (RM5.014 juta) dibelanjakan kelab terbabit bagi mendapatkan pertahanan Nottingham Forest, James Perch dengan hanya yuran perpindahan tunggal manakala Dan Gosling dan Sol Campbell diperoleh tanpa yuran perpindahan.

“Kedudukan lima tempat teratas menjadi sasaran tapi ia tidak akan berlaku dalam tempoh singkat,” katanya.

Sejarah hanya berlaku sekali apabila semua tiga pasukan baru EPL kekal musim berikutnya. Jika Newcastle goyah pada aksi pertama, West Brom, naib juara Liga Championship dijangka berdepan masalah sama pada awal musim ini.

-Metro

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>