Tottenham cipta kejutan tewaskan Inter Milan 3-1

TOTTENHAM Hotspur menewaskan penyandang juara, Inter Milan 3-1 untuk mencatat salah satu rekod terbaik dalam sejarah kelab itu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu.

Barcelona pula terpaksa menunggu untuk perlawanan seterusnya bagi memastikan tempat ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah selepas seri 1-1 menentang FC Copenhagen.

Rafael van der Vaart membuka jaringan buat Tottenham pada minit ke-18 sebelum pemain terbaik perlawanan, Gareth Bale mencipta gol untuk Peter Crouch dan Roman Pavlyuchenko sebelum rehat.

Penyerang Inter, Samuel Eto’o menjadikan kedudukan 2-1 melalui gol ketujuhnya dalam kejohanan tetapi tidak mampu untuk menyekat Spurs untuk mengatasi mereka dalam saingan Kumpulan A melalui perbezaan jaringan.

Sama seperti Inter, yang tersentak dengan kekalahan pertama, Barcelona mampu untuk mara ke pusingan kalah mati dengan mencatat kemenangan ke atas Copenhagen sebelum Claudemir mengetepikan jaringan Lionel Messi bagi membolehkan kelab Denmark itu meraih satu mata dalam Kumpulan D.

Manchester United menewaskan Bursaspor 3-0 untuk mara dari Kumpulan C sementara Lyon yang mempunyai rekod 100 peratus dalam Kumpulan B menamatkannya dengan tewas 4-3 kepada Benfica.

Bale mengkucar-kacir pertahanan Inter dua minggu lalu dengan melakukan hatrik pada separuh masa kedua ketika mereka tewas 4-3 di San Siro.

Pemain sayap Wales itu sekali lagi menunjukkan aksi yang menarik di White Hart Lane, dengan pemain pertahanan kanan Brazil, Maicon tertipu dengan langkah yang mengelirukan Bale.

“Dia sangat menakjubkan. Mereka sedang melakukan ujian dadah sekarang ini, penguji dadah sudah ada di sini sekarang dan saya berharap mereka melakukan ujian terhadapnya,” kata pengurus Harry Redknapp dalam nada bergurau.

Van der Vaart berlari selepas mendapatkan hantaran Luka Modric untuk melakukan rembatan lencong dan meneruskan prestasi terbaiknya dengan menjaringkan gol di setiap perlawanan tempat sendiri sejak menyertai Spurs.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>