Liga Juara: Man City tundukkan Roma 2-0
Ledakan Samir Nasri dan jaringan lewat Pablo Zabaleta memastikan Manchester City melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan AS Roma 2-0 di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.
City yang bertandang ke Rom dengan penyokong tuan rumah penuh sesak, memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk ke pusingan 16 pasukan terakhir kalah mati itu.
Begitupun, City hampir mendominasi keseluruhan permainan dan memperoleh jaringan pembukaan menerusi Nasri pada minit ke-60 dengan sepakan kencang dari jarak 25 meter menewaskan penjaga gol Roma, Morgan De Sanctis.
Berikutan jaringan itu, Roma memerlukan dua gol untuk mara ke pusingan kalah mati, namun kelab dari Serie A itu gagal menyempurnakan beberapa peluang pada penghujung permainan.
Kealphaan Roma itu diambil peluang oleh City untuk menghasilkan gol kedua menerusi Zabaleta pada minit ke-86 hasil umpanan Nasri.
Kemenangan City itu menyaksukan skuad bimbingan Manuel Pellegrini berada di tempat kedua Kumpulan E untuk bersama Bayern Munich yang terlebih dahulu melayakkan diri.
Luahan Perasaan