Video: Inter Milan Juara Piala Itali 2011
INTER Milan menepati status sebagai pasukan pilihan untuk mempertahankan Piala Coppa Italia dengan mengalahkan Palermo 3-1 bagi menghadiahkan trofi pertama buat Leonardo sebagai jurulatih.
Penyerang tambatan, Samuel Eto’o dua kali menemui sentuhan penyudah di Stadium Olimpico, Rome untuk membantu Nerazzurri memenangi kejohanan itu buat kali ketujuh.
Penyerang Cameroon itu meledakkan gol pertamanya pada minit ke-26 sebelum menambah koleksi keduanya pada bagi 14 minit permainan.
Ezequeil Munoz cuba menghidupkan peluang Palermo namun dia kemudian dibuang padang kerana kekasaran. Pemain gantian, Diego Milito kemudian menambah duka pasukan lawan dengan gol ketiga Inter pada masa kecederaan.
Eto’o menamatkan Coppa Italia sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol bagi menempah temujanji dengan musuh berjiran, Milan bagi pertemuan Supercoppa kelak selepas muncul juara Serie A.
Video Final Piala Itali 2011: Inter Milan 3-1 Palermo
Pingback: Eto’o bantu Inter Milan juara Piala Itali | Sokernet | Sokernet