Juventus lakar rekod baru Serie A Itali

Juventus Juara Liga Serie A Itali 2013-2014

Juventus Juara Liga Serie A Itali 2013-2014

Juventus menamatkan kempen Serie A musim ini dengan penuh cemerlang apabila merekodkan 102 jumlah pungutan mata sejurus meraih kemenangan 3-0 ke atas Cagliari, kelmarin.

Pada aksi tersebut, perancang Juventus, Andrea Pirlo membuka tirai perlawanan dengan jaringan menarik menerusi sepakan percuma seawal minit kesembilan.

Selepas itu, Fernando Llorente menggandakan kedudukan buat Juventus (minit ke-16) sebelum Claudio Marchisio memastikan skuad bimbingan Antonio Conte itu menutup tirai musim ini dengan penuh bergaya dengan gol ketiga pada minit ke-40.

Skuad berpangkalan di Turin itu telah melakar dua rekod baharu - menjuarai Serie A sebanyak 32 kali dan jumlah pungutan mata paling tinggi, 102 mata.

Malah Conte juga dijangka kekal bersama skuad gergasi Itali itu biarpun spekulasi sebelum ini mengatakan beliau tidak gembira dengan pasukan itu gara-gara aksi hambar dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Juara Eropah sebanyak dua kali itu gagal melepasi peringkat kumpulan musim ini selain terkandas pada aksi separuh akhir Liga Europa di tangan Benfica baru-baru ini.

“Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemain kerana mereka sangat cemerlang pada musim ini.

“Objektif kami ialah memenangi gelaran liga yang ketiga berturut-turut, sebaliknya kami turut berjaya mencatatkan beberapa rekod baharu.

“Saya mahu menumpukan perhatian kepada meraikan kejayaan kami malam ini (kelmarin). Perbincangan dengan kelab akan saya putuskan selepas ini,” ujar Conte.

Juventus Juara Liga Serie A Itali 2013-2014

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>