EPL: Arsenal 3-0 Stoke City

Arsenal vs [3-0] Stoke City
Arsenal 3-0 Stoke City

Alexis Sanchez memberi persembahan bertaraf lima bintang membantu Arsenal menewaskan Stoke City 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam ini.

Pemain dari Chile itu membuka laluan kepada Laurent Koscielny untuk gol pertama pada minit ke-enam sebelum dia menjaringkan dua gol pada minit ke-33 dan 49 untuk menghimpun gol peribadi ke-18, musim ini.

Kemenangan Arsenal itu juga merapatkan jurang dalam buruan tiket Liga Juara-Juara dan terikat mata sama dengan Southampton yang akan menentang Manchester United lewat malam ini.

Pengurus pasukan, Arsene Wenger nyata lega dengan kemenangan ini di hadapan penyokong sendiri dan memuji kelibat garang Sanchez.

“Secara kolektif saya gembira apabila anda dapat menjaringkan beberapa gol.

“Kami bermula secara mantap dan mengerti ia perlawanan penting, hari ini,’ kata Wenger.

“Alexis Sanchez adalah antara pemain terbaik. Dia seorang pejuang dengan kombinasi bakat dan semangat perjuangan tinggi. Ini sesuatu yang sukar dicari.”

Arsenal sudah mengutip 36 mata selepas 21 perlawanan untuk menghuni tangga kelima ketika ini mengatasi Tottenham Hotspur.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>