AC Milan mahu bawa pulang Kaka
Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani dilaporkan memberi bayangan untuk membawa pulang perancang Brazil, Kaka ke Stadium San Siro.
Kaka, 30, bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik sejak meninggalkan Milan untuk berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan bayaran berjumlah £50.7 juta (RM249 juta) pada 2009.
Pemain tengah Brazil itu sering kali dikaitkan dengan kepulangan semula ke Milan dan spekulasi itu semakin hangat selepas penolong jurulatih Real, Aitor Karanka mendedahkan bahawa masa depan pemain itu masih tidak menentu minggu ini.
“Kaka dan kelab sedang mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak,” kata Karanka selepas Kaka diketepikan daripada skuad Real pada aksi persahabatan menentang Oviedo.
Sementara itu, Galliani berkata: “Kadangkala perpisahan berlaku untuk satu tempoh yang panjang tetapi mereka pasti akan bersatu semula.”
Sejak menyertai Real, Kaka hanya membuat 17 penampilan dalam kempen Liga Sepanyol dan meledakkan lima gol sele- pas bergelut dengan masalah kecederaan.
July 26, 2012 - 10:00 pm
masalah kecederaan mmg akan bg kesan ke atas prestasi..kaka world best footballer pun prestasi merudum,inikan plak striker kita..mcm norshahrul yg sedang berusaha membuat comeback..good luck kaka..