Lee Chong Wei mohon maaf gagal penuhi impian emas Olimpik

Lee Chong Wei Final Badminton Olimpik 2012 vs Lin Dan

Final Badminton: Lee Chong Wei tewas 3 set kepada Lin Dan

“Saya minta maaf”. Itulah kata-kata daripada Datuk Lee Chong Wei selepas gagal memperoleh emas dalam acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik di London, malam ini.

Beliau berkata demikian selepas sekali lagi gagal di tangan Lin Dan yang memperoleh emas pada 2008 di Beijing.

Susulan mesej itu, yang ditulis menerusi akaun twitternya kira-kira jam 9.55 malam tadi (waktu Malaysia), Chong Wei ‏pilihan pertama Sukan Olimpik 2012, menghantar mesej susulan 15 minit kemudian dengan antara lain berkata:

“Terima kasih kepada semua. Saya minta maaf. Saya tidak dapat kutip emas (kali ini).”

Bagaimanapun penyokong dan peminatnya menolak mesej itu sambil ada yang menjawab Chong Wei, yang turut menitiskan air mata selepas perlawanan, tidak wajar meminta maaf.

Sebahagian mereka menegaskan, beliau telah mempamerkan permainan yang cemerlang dan wajar dianggap sebagai ‘pemain memperoleh emas.’

- Sinar Harian

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

11 Responses to Lee Chong Wei mohon maaf gagal penuhi impian emas Olimpik

  1. Lee Chong Wei dah buat yg terbaik..dpt jugak Malaysia sebutir pingat..kalah bermaruah & kalah dgn lwn yg sepatutnya..hanya confedent level yg lebih menyebabkan Lindan menang tipis..kami tetap sokong LCW, you are the legend..congrats..

    • Ada banyak baiknya LCW kalah. Kalau menang BAM mesti kata depa dilandasan betul. Pastu tak patut depa dok offer juta2 kat LCW aje sedangkan yg lain pun ada peluang juga seperti basikal. Pastu sure punya dia orang akan jaja dengan bangga pingat emas LCW berbulan bertahun sampai lupa yg malaysia sebenar jauh ketinggalan dlm sukan walaupun negara kaya sedangkan negara miskin lain senang2 dapat emas. So elok lah LCW kalah walaupun ramai frust nongeng.

  2. Inilah dikatakan “takdir” selepas berjuang dan berusaha.W/apaun tahniah3x

  3. aku suka cara & gaya lcw memprolehi mata terhadap lindan..

  4. empat tahun lagi LCW tak masuk olimpik dah.. LD pun sama… tapi dah ada pelapis Chen Long… sapa pengganti LCW??

  5. berapa kali leading pun tak leh nak makan lin dan lagi….tak merasa la nak rangkul emas lagi lepas nie…dah tua…pelapis plak takde….aku rumuskan chong wei banggang…..

    • ko la bangang…

    • BAM PATUT BUBAR

      Lin Dan mungkin dah tak main olimpik 2016 nanti. Lin Dan pun mgkin dh bersara jg. Tp China, Korea Selatan ramai pelapis yg hebat2 yg boleh ganti tempat mereka. Malaysia pula tak tahu nk ckp apa. Kesimpulan, pengurusan BAM patut dirombak. Sama jg mcm FAM, tp hrp BAM tidak diambil alih oleh sultan/kerabat. Nnt susah rakyat biasa nk ambil alih semula.

      • setuju3..skrg ni xnmpak byg lagi pelapis LCW..mcm china,korea mmg diorg latih rmai atlit..china mmg akan jd kuasa badminton yg terbesar..kita patut contohi kaedah diorg latih atlit kat sana..bukan setkt badminton,byk lg sukan yg diorg kuasai..

  6. aku x stuju bila ko kate kita patut contohi kaedah china latih atlit dye coz if u read newspaper u’ll know how suffered r china athletes going through their training.it’s scared me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>