Piala Konfederasi 2013 bermula

Piala Konfederasi 2013 Brazil
Piala Konfederasi 2013 Brazil

Selepas dihujani masalah yang mengganggu kelancaran kepada persiapan Brazil sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014, aksi pembukaan Piala Konfederasi akan menjadi pentas menguji tahap kesediaan negara itu menghadapi kejohanan sebenar tahun depan.

Enam bandar raya, Brasilia, Belo Horizonte, Fortaleza, Recife, Rio serta Salvador akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan yang akan diadakan selama dua minggu yang dijangka menarik perhatian kira-kira 355,000 pencinta bola sepak di Brazil dan pelancong luar negara.

Pemenang empat tahun lalu, Brazil yang memenangi kejohanan kali terakhir di Afrika Selatan pada 2009, semakin terpinggir dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) apabila sekadar berada di tangga ke-22 iaitu kedudukan paling rendah dalam sejarah bola sepak negara yang diberi jolokan ‘Selecao’.

Selain Brazil, tujuh negara lain yang turut mengambil bahagian adalah juara Piala Dunia dan Eropah, Sepanyol, Itali, Uruguay, Mexico, Nigeria, Jepun dan negara yang jarang didengari di pentas bola sepak dunia, Tahiti.

Perlawanan pembukaan antara di Stadium Mane Garrincha, Brasilia yang menemukan Brazil dan juara Piala Asia, Jepun pasti menarik perhatian dengan keupayaan tuan rumah untuk memenangi perlawanan ini pasti menimbulkan persoalan.

Diketuai oleh pemain muda berkelas dunia yang baru sahaja menyertai Barcelona, Neymar serta di bawah kendalian, Luiz Felipe Scolari, kejohanan ini cukup penting buat semua pasukan bagi mendapatkan keyakinan sebelum melangkah ke Piala Dunia.

Walaupun semua perhatian diberikan kepada aksi lapan pasukan terbaik yang mewakili benua masing-masing, fokus untuk melihat sama ada Brazil mampu mengendalikan kejohanan ini juga akan dijadikan perhatian.

“Piala Konfederasi akan membantu kita lebih bersedia bagi menghadapi Piala Dunia pada thaun depan dan sekiranya berjalan dengan lancar daripada segi keselamatan, pengangkutan dan semua perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

“Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dengan semua perkara dapat berjalan mengikut masa ditetapkan, saya yakin kejohanan ini akan berlangsung cukup meriah,” kata Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke.

Namun, dalam masa dia memberikan amaran walaupun Brazil telah membelanjakan kira-kira 15 bilion bagi persiapan Piala Konfederasi dan Piala Dunia, negara itu bakal berdepan masalah daripada segi logistik.

Pihak penganjur masih bergelut menyiapkan untuk menyiapkan pembinaan stadium di enam bandar raya tersebut dan sering kali terganggu dengan masalah seperti bumbung runtuh dan masalah cuaca yang tidak menentu.

Di Salvador sahaja misalnya, bumbung baru yang diberikan nama Arena Fonte Nova runtuh ekoran kesilapan pihak pembinaan sendiri selepas hujan lebat melanda bandar itu.

“Saya rasa akan beberapa isu akan dapat diselesaikan di saat akhir,” kata Presiden FIFA, Sepp Blater pada sidang media di Rio yang memberi maklum balas terhadap isu padang di Rio yang akan menjadi tuan rumah antara perlawanan Mexico dan Itali.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Piala Konfederasi 2013 bermula

  1. Kenapa juara asia tenggara AFF Suzuki Cup tidak tersenarai dlm kejohanan kali nie .Fifa tidak adil .Juara Oceania pun tidak ada .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>