Sepanyol Juara Piala Eropah B-21
SEPANYOL terus menggegar arena bola sepak antarabangsa apabila giliran skuad Bawah 21 muncul juara Eropah menewaskan Switzerland 2-0 dalam perlawanan akhir, semalam.
Jaringan pemain Athletic Bilbao, Herrera Ander dan bintang muda Barcelona, Thiago Alcantara masing-masing pada kedua-dua babak membuktikan kehandalan Sepanyol semakin sukar ditandingi.
Sepanyol menguasai sebahagian besar perlawanan tetapi berhempas pulas dalam mencipta peluang gol, dengan Switzerland bertahan dengan baik.
Taktikal permainan menekan Switzerland dilihat hampir menjadi apabila mereka turut melancarkan serangan balas tetapi Sepanyol tidak terlalu gelojoh menunggu peluang mendapatkan gol.
Juan Mata, pemain yang mewakili Valencia, kurang menyerlah pada awal perlawanan sebaliknya Switzerland hampir memecah kebuntuan.
Sepakan voli Xherdan Shaqiri hampir menemui sasaran namun penjaga gol Sepanyol, dapat menepis keluar melepasi palang gol.
Mata, akhirnya dapat mencari ruang bagi gol pertama Sepanyol selepas bijak mengesan Didac yang kosong di bahagian sayap kiri dan hantaran silangnya tepat menuju di atas kepala Ander, yang menanduk kencang pada minit ke-41.
Gol itu ternyata memberikan semangat yang diperlukan oleh Sepanyol pada separuh masa kedua untuk menguasai sebahagian besar perlawanan.
Thiago persembahkan teknik menarik melalui rembatan dari jarak 40 meter ketika perlawanan berbaki sembilan minit.
Luahan Perasaan