Piala Dunia Remaja 2011: Brazil jumpa Portugal di Final

PORTUGAL bakal berdepan Brazil pada final Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2011.

Portugal mara ke final selepas menewaskan Perancis 2-0 pada aksi separuh akhir awal pagi semalam dengan barisan pertahanan serta penjaga golnya, Mika kekal tanpa bolos selepas mengharungi enam perlawanan.

Sementara pada satu lagi aksi separuh akhir, Henrique meledak dua gol pada 10 minit terakhir untuk membantu Brazil menewaskan Mexico 2-0.

Henrique sudah meledak lima gol dan berkongsi penjaring terbanyak kejohanan bersama penyerang Sepanyol, Alvaro Vazquez, manakala Brazil merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol iaitu sebanyak 15 gol.

Andai muncul juara, ia bakal menjadi kejuaraan kali kelima Brazil manakala Portugal sedang memburu kejuaraan ketiga pada final yang akan berlangsung Sabtu ini (awal pagi Ahad di Malaysia).

Pada final dua tahun lalu di Mesir, Brazil tewas kepada Ghana.

Final esok juga pasti mengingatkan pertembungan kedua-dua pasukan pada final 20 tahun lalu yang menyaksikan Portugal menang menerusi sepakan penalti dengan pasukan B-20 mereka ketika itu dibarisi Luis Figo, Rui Costa dan Joao Pinto.

“Saya tidak pasti jika ada pasukan lain yang pernah mara ke final tanpa melepaskan sebarang gol.” - Kosmo/Agensi

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>