Jadual Playoff Piala Dunia 2014 Zon Eropah

Playoff Piala Dunia 2013 Eropah

  • Portugal vs Sweden
  • Perancis vs Ukraine
  • Greece vs Romania
  • Iceland vs Croatia

Portugal dan Sweden adalah dua pasukan yang diundi untuk bertemu pada pertemuan ‘playoff’ bagi benua Eropah, yang lebih banyak merujuk kepada kelebihan kedua-dua bintang bagi pertemuan dua pusingan pada 15 dan 19 November depan.
“Pemain bertaraf dunia seperti Ronaldo dan Ibrahimovic, berupaya melakukan sesuatu bagi menukar rentak pemainan.

“Saya bernasib baik kerana memiliki seorang daripadanya. Tapi, gandingan juga perlu kuat,” kata jurulatih Sweden, Erik Hamren.

Selain itu, Perancis akan bertemu Ukraine, dengan perlawanan kedua akan diadakan di Paris.

Greece pula akan bertemu Romania manakala Iceland, pasukan tercorot dengan ranking ke-46 dunia akan menjadi tuan rumah untuk melayan kunjungan Croatia yang memecat jurulatihnya, minggu lalu.

Keempat-empat pasukan yang menang akan melengkapkan slot 13 pasukan dari benua Eropah untuk mengisi 32 pasukan ke Piala Dunia yang kemudiannya akan diundi di Salvador, Brazil, pada 6 Disember depan.

Ronaldo dan Ibrahimovic akan bertemu di pertemuan playoff selepas pasukan masing-masing menamatkan pertemuan kedua pusingan kelayakan, masing-masing di belakang Russia dan Jerman.

“Kekuatan kedua-dua pemain ini boleh diibaratkan seimbang dan kita akan menyaksikan perlawanan yang menarik. Ibrahimovic adalah pemain yang hebat. Tapi, skuad Sweden keseluruhannya memang baik,” kata jurulatih Portugal, Paulo Bento.

Portugal pernah melalui perlawanan playoff untuk layak ke Piala Dunia 2010 dan dua kali seri 0-0, dalam pertembungan mereka dengan Sweden pada peringkat kumpulan.

Perancis yang juga naib juara Piala Dunia 2006 turut terpaksa melalui playoff selepas juara bertahan, Sepanyol muncul pendahulu kumpulan.

“Ukraine tidak banyak menjaringkan gol. Oleh itu, pertemuan dengan pasukan akan membuatkan kunjungan agak sukar juga. Tapi, perlawanan kedua di tempat sendiri banyak memberikan kami kelebihan,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

- Foxsports.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>