Ivory Coast, Zambia mara ke final Piala Negara Afrika
Ivory Coast 1-0 Mali | Piala Negara Afrika
- Piala Negara Afrika 2012
PENYERANG Arsenal, Gervinho muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan 1-0 Ivory Coast ke atas Mali pada aksi separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika semalam.
Kemenangan tersebut mencerahkan peluang Ivory Coast untuk merangkul gelaran juara Afrika selepas mara ke final buat kali pertama setelah ditewaskan oleh Mesir di Cairo pada 2006.
Kini, skuad bimbingan Francois Zahoui berpeluang untuk menggondol gelaran kedua bersama para pemain generasi baharu yang diketuai oleh Didier Drogba selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1992 lalu.
“Kami menyertai kejohanan ini dengan harapan dan tekanan yang tinggi. Dengan kegagalan yang dialami masa lalu, kami menyedari bahawa kami masih belum memenanginya,” kata Zahoui.
Selaku pasukan yang menduduki ranking No. 1 di Afrika, Ivory Coast berazam untuk menampilkan aksi terbaik pada final menentang Zambia yang menewaskan Ghana 1-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam.
Pada perlawanan tersebut, Mali turut mempamerkan aksi yang menarik sejak daripada awal perlawanan lagi tetapi kelemahan di benteng pertahanan membuka ruang kepada Gervinho untuk meledak gol tunggal perlawanan itu.
Bintang Arsenal itu berjaya merampas bola daripada pemain pertahanan Mali, Ousmane Berthe di tengah padang sebelum menewaskan penjaga gol, Soumila Diakite.
Kekalahan itu jelas mengecewakan jurulatih, Alain Giresse yang telah membimbing skuad bola sepak Mali sejak 2010.
Ivory Coast, Zambia ke final Piala Negara Afrika 2012
Luahan Perasaan