Thailand belasah Bangladesh 5-0

Teerasil Dangda

Pemanas badan AFF: Thailand vs Bangladesh

THAILAND mudah menewaskan Bangladesh 5-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Rajamangala hari ini.

Perlawanan berkenaan adalah aksi pemanas badan terakhir buat skuad Thailand sebelum menghadapi Piala AFF Suzuki 24 November ini selaku tuan rumah bersama.

Pasukan tuan rumah hanya perlukan masa lima minit untuk mendahului Bangladesh menerusi jaringan Pichitpong Choeichiu sebelum Teerasil Dangda menggandakan jaringan Thailand tujuh minit kemudian.

Kedudukan bertukar 3-0 selepas 20 minit perlawanan berlangsung sekali lagi hasil jaringan Teerasil.

Penyerang kelab Muangthong United itu meledak jaringan hatrik, tujuh minit selepas perlawanan babak kedua bersambung untuk menjadikan kedudukan 4-0 buat Thailand.

Samut Songkhram menutup pesta jaringan tuan rumah, 16 minit sebelum perlawanan berakhir untuk menjadikan keputusan muktamad Thailand menang 5-0 ke atas Bangladesh.

Bangladesh akan berdepan Malaysia di Stadium Shah Alam pada 20 November ini.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

4 Responses to Thailand belasah Bangladesh 5-0

  1. Skuad rajagopal pun kena menang. Paling kurang pn kena sama macam thailand 5-0 baru peminat kembali yakin

    • draw atau mungkin dpt 5-0 keatas..tapi takde makna apa2 pun.. pasal rajagobal jurulatihnya ..kalau bukan gopal ambo seronok.. kalau gopal.. maknanya player AFF lama juga le. kesukaan dia..Gopal dan FAM…bukan nye rakyat didahulukann… bohong222.. saja..
      kita peminat mcm berjudi saja.. bukan yakin dgn team kita 100%.kerana sudah bencikan dgn experiment2 gopal…

  2. Teerasil dangda ni dia punya finishing memang kelas A. Takde pasukan liga super ke yg minat ngan dia ni?

  3. bro man kidai…buat ape dnagda nak join liga M
    team dia pun skrg ni MUANTHONG UTD dh juara
    thai thn dpn siap main dlm ACL lg…club dr liga
    M ada ka ??? dh tentu dia tak heran…sblm ni pun
    ada ura2 club dr turki corea jepang nk sambar dia
    hahahhaaa…club liga M dia tak pandang beb…kalau
    dia nk pun tunggu la time umur dia dh 30an nnt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>