Ronaldo optimis Portugal mampu ranap impian Sepanyol

Ronaldo Portugal vs Sepanyol

CRISTIANO Ronaldo sudah sedia untuk meranapkan impian juara bertahan Sepanyol pada pertembungan separuh akhir Euro 2012, awal pagi nanti.

Jaringan gol dari tandukan beliau telah membawa kemenangan Portugal ke atas Republik Czech di pusingan suku akhir dan melayakkan mereka untuk pusingan separuh akhir menentang Sepanyol.

Ronaldo kini sudah menjaringkan tiga gol di Euro 2012 dan dia bermatlamat untuk menambahkan lagi jumlah jaringan peribadi apabila bertemu rakan Real Madrid beliau.

Paulo Bento mengharapkan yang persefahaman Ronaldo dengan pemain La Roja akan memberi kelebihan buat mereka.

“Tiada beban yang istimewa apabila saya menghadapi Sepanyol. Saya telah bermain di tahap tertinggi selama 10 tahun, dengan kelab dan negara.” Ronaldo memberitahu UEFA.com.

“Ya, saya rasa bertanggungjawab, tetapi saya tidak tertekan. Ini sudah menjadi satu kebiasaan.”

Walaupun pasukan Bento dijangka tidak akan mengatasi Sepanyol, Ronaldo gembira yang mereka masih mampu bersaing di peringkat ini dan akan berusaha sedaya upaya untuk mendorong kemenangan Portugal dalam perlawanan akhir sejak kekalahan kepada Greece pada Euro 2004.

Portugal vs Spanyol

“Ia amat memuaskan untuk mendapat peluang bersaing dalam perlawanan akhir, walaupun lapan tahun telah berlalu. Kami berada hanya satu langkah sebelum mengecap matlamat.”

“Sepanyol adalah pasukan yang hebat dan ia adalah persaingan Iberia yang hangat, saya harap kami boleh menang, tetapi saya tahu ia amat mencabar.”

Pada aksi awal pagi esok, Ronaldo bakal berentap dengan sebahagian besar rakan sepasukannya di Real Madrid seperti Xabi Alonso, Sergio Ramos dan Iker Casillas selain seteru utamanya di Barcelona seperti Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Cesc Fabregas.

Namun, Ronaldo tanpa berselindung mengakui tidak tertekan dengan pertembungan tersebut dan menganggap ia hanya perlawanan biasa seperti mana dalam saingan Liga Sepanyol.

“Tidak ada apa-apa yang istimewa mengenai perlawanan ini kerana bagi saya ia hanya satu perlawanan biasa.

“Apa yang akan saya lakukan hanyalah untuk meledak gol sekali gus membantu Portugal menyambar slot ke final,” kata Ronaldo.

Meskipun La Roja dilabel sebagai pasukan pilihan, Ronaldo tetap optimis mengenai kejutan yang bakal dilakar Portugal seperti mana edisi 2004.

“Jika berjaya melangkah ke final, sudah tentu ia sesuatu yang cukup istimewa.

“Berdepan pasukan yang hebat seperti Sepanyol, perlawanan ini pastinya diibaratkan seperti hidup dan mati bagi kedua-dua pasukan,” katanya.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Ronaldo optimis Portugal mampu ranap impian Sepanyol

  1. kcian roanldo ahak3 :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>