Brazil vs Jepun - Live Astro Arena [Piala Konfederasi]
Brazil vs Jepun | 3.00 pagi (Ahad) 16 Jun 2013
LIVE Astro Arena 801
Tuan rumah, Brazil berdepan tekanan menjelang aksi sulung Piala Konfederasi 2013 bertemu Jepun, jam 3 pagi nanti dengan ia dilihat ujian awal menjelang 12 bulan sebelum saingan sebenar Piala Dunia 2014 di laman sendiri.
Luiz Felipe Scolari yang membawa skuad Selecao itu menjuarai Piala Dunia kali kelima di Tokyo, 11 tahun lalu kini kembali membimbing Brazil sejak November lalu menggantikan Mano Menezes yang sempat memberikan kemenangan 4-0 ke atas Jepun pada aksi persahabatan di Poland, Oktober lalu.
Namun tekanan kini dirasai Brazil untuk berdepan juara empat kali Piala Asia yang dijangka mampu memberikan ujian getir sebelum mereka berdepan pula Mexico dan Itali pada baki aksi Kumpulan A.
Lantas penyerang Brazil, Neymar berkata, mereka sesekali tidak akan memandang mudah cabaran Jepun yang dibimbing pengendali berpengalaman dari Itali, Alberto Zaccheroni.
Kekang Fred
Jepun adalah lawan yang sukar dan tidak boleh dipandang rendah. Keisuke Honda dan Shinji Kagawa adalah pemain yang hebat dan secara berpasukan pula mereka mampu mengawal kamu dengan cukup ketat, kata bintang baru Barcelona itu.
Sementara itu, Jepun pula bertekad untuk tidak mengulangi kekalahan besar di Poland tetapi mahu berhati-hati terutama berdepan penyerang Brazil, Fred yang menjaringkan lima daripada enam aksi antarabangsa terakhirnya termasuk dua pertemuan persahabatan dengan England.
Brazil memiliki pasukan cukup kuat dan kami perlu memastikan mereka tidak mengulangi apa yang berlaku di Poland. Kami akan tampil dengan aksi lebih baik dan berkesan kali ini, kata pemain tengah Jepun, Yasuhito Endo.
Siaran Langsung Brazil vs Japan Piala Konfederasi 2013
Luahan Perasaan