Pelita Jaya FC sah digantung PSSI

Status Safee Sali sebagai penyerang Harimau Malaya tidak terjejas

Dalam perkembangan terbaru, Setiausaha Agong FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, status penggantungan Pelita Jaya turut menyebabkan Safee Sali tidak boleh mewakili skuad Harimau Malaya termasuk di Kejohanan Piala AFF Suzuki, November depan.

PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PPSI) sah menggantung Kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC yang disertai penyerang kebangsaan, Safee Sali.

Penggantungan berkenaan telah dimaklumkan PSSI kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi faksimili semalam.

Setakat ini status Safee Sali untuk menyarung skuad kebangsaan Malaysia tidak terjejas di sebalik penggantungan kelab-kelab di Liga Super Indonesia (ISL), termasuk kelab Pelita Jaya FC.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang menyatakan di sebalik penggantungan Pelita Jaya FC, PSSI tidak menyentuh status pemain yang mewakili kelab berkenaan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan masing-masing.

Pelita Jaya digantung | PSSI gantung Pelita Jaya

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>