Tottenham lonjak kelompok empat teratas liga

December 29th 2009 | Posted by Berita EPL

TOTTENHAM Hotspur menguatkan laluan mereka untuk hadir dalam kelompok empat teratas di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan pasukan yang bergelut West Ham 2-0 di halaman sendiri.

Ia adalah kemenangan ke-11 untuk Spurs daripada jumlah 20 perlawanan dengan pungutan 37 mata yang menyaksikan anak didik Harry Redknapp kini melonjak ke tangga keempat dengan lapan mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Tottenham memulakan saingan mereka dengan garang dan mendahului seawal minit ke-11 - terima kasih kepada ledakan padu pemain sayap, Aaron Lennon yang gagal disekat untuk membolehkan Luka Modric hadir menolak masuk percubaan itu.

Rembatan pemain tengah Spurs, Tom Huddlestone terkena tiang 10 minit selepas rehat dan peminat tempatan tampak gelisah sehingga Jermaine Defoe mengesahkan kemenangan mutlak Spurs dengan ledakan padu minit ke-81.

“Saya berasa kami ada ramuan untuk mencabar dan gembira dengan tiga mata ini. ia hebat. Itulah yang kami mahukan,” kata Defoe yang percaya pasukannya dapat bertahan untuk mengejar kedudukan dalam kelompok empat teratas, musim ini.

Related Posts

Manchester United nyaris diaib Birmingham

MANCHESTER United diselamatkan gol sendiri yang dipertikaikan untuk seri 1-1 dengan Birmingham tetapi terlepas peluang untuk menduduki puncak Liga Perdana Inggeris. Birmingham percaya gol sendiri pemain pertahanannya, Scott Dann tidak seharusnya diberikan kerana Wayne Rooney kelihatan dalam kedudukan ofsaid. Namun keputusan seri itu membolehkan [...]

Keputusan seri sekat harapan Arsenal pintas MU

ARSENAL melepaskan peluang memintas Manchester United apabila terpaksa berhempas pulas sebelum akhirnya lega dapat berkongsi satu mata dengan Everton di Stadium Emirates, awal pagi tadi. Jaringan Tomas Rosicky pada minit terakhir permainan menyelamatkan Arsenal daripada tumpas di gelanggang sendiri apabila berjaya mengikat Everton 2-2 dalam aksi [...]

Chelsea bangkit tewaskan Fulham

CHELSEA kembali semula ke landasan kemenangan dengan dua jaringan pada lewat babak permainan untuk menewaskan Fulham 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi dan mendahului semula pencabar terdekat, Manchester United dengan jarak lima mata. Apapun, Fulham nyata memberi gegaran apabila mendahului seawal minit keempat hasil jaringan Zoltan Gera [...]

Manchester United hampiri Chelsea

WAYNE Rooney terbabit dalam semua empat gol ketika juara bertahan, Manchester United, menang 3-1 ke atas Hull City di tempat lawan, awal pagi tadi. Kemenangan itu membolehkan United mengecilkan jurang dengan pendahulu liga, Chelsea kepada hanya dua mata selepas skuad Carlo Ancelotti itu sekadar seri tanpa jaringan dengan Birmingham dalam [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>