Friday, 24/09/2010

Malaysia kalah di Qatar

Published on September 1, 2010 by admin   ·   No Comments

SKUAD bola sepak negara kalah 1-2 dalam aksi persahabatan pertama kepada kelab Qatar, Al-Jaish di Stadium Universiti Qatar, semalam.

Pasukan lawan mendahului Malaysia 2-0 pada separuh masa pertama, selepas berjaya memperoleh jaringan pada minit ke-19 dan ke-33.

Penyerang Perlis, Ahmad Fakri Saarani berjaya merapatkan jurang pada minit ke-46.

Namun, malang menimpa buat Fakri apabila dia dilayangkan kad merah, dua minit selepas melakukan jaringan.

Bertambah perit, skuad negara kehilangan khidmat dua tonggak penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dan Zaquan Adha Radzak yang cedera.

Norshahrul cedera di bahagian mata pada separuh masa pertama, sementara Zaquan mengalami kecederaan lutut pada separuh masa kedua.

Al-Jaish adalah kelab yang beraksi di dalam Divisyen Dua Qatar.

Skuad negara yang dalam persiapan bagi menghadapi Sukan Asia dan Piala AFF, akan menentang skuad kebangsaan Oman pada perlawanan persahabatan di Stadium Wakrah pada Jumaat ini. - Utusan Malaysia

Tags: ,

Readers Comments (0)




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.