Mohammed Ghaddar tunjuk taring di pentas AFC


Arema Indonesia 1-3 Kelantan

SELEPAS berjaya menjaringkan hatrik minggu lalu dengan membenam Arema FC, 3-0, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, penyerang Kelantan, Muhammad Ghaddar semalam, menjaringkan dua lagi gol bagi membantu Red Warriors menewaskan pasukan sama, 3-1, dalam aksi peringkat kumpulan H saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC).

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gajayana itu, Kelantan menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan penalti pada minit ke-16 yang disempurnakan Ghaddar. Bagaimanapun, Arema FC berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Roman Camelo pada minit ke-35 perlawanan dan kedudukan 1-1 kekal sehingga taman separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Ghaddar membuktikan kehebatannya mengendalikan jentera serangan Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-60 sebelum pemain pertahanan, Mohd Zamri Ramli meledak gol ketiga Kijang pada minit akhir permainan.

Tanpa dibarisi empat tonggak utama iaitu Mohd Badhri Radzi, Mohd Daudsu Jamaluddin, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad, rombakan besar yang dilakukan ketua jurulatih Red Warriors, Bojan Hodak ternyata memperlihatkan hasil yang sangat positif serta membuka peluang Red Warriors untuk melangkah ke pusingan kedua Piala AFC dengan mengumpul tujuh mata daripada empat perlawanan.

Perlawanan seterusnya, Kelantan akan bertandang ke Vietnam untuk menentang Navibank Saigon pada 24 April depan.

Video: Arema Indonesia 1-3 Kelantan [Piala AFC 2012]

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

12 Responses to Mohammed Ghaddar tunjuk taring di pentas AFC

  1. sooofffffiiiiiyaaa

    Barisan TRW,
    Selain daripada Piya,Daudsu dan Farhan. Bek kedua terbaik kelantan selepas daudsu iaitu Obinna Nwaneri dan juga penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi pun tidak diturunkan kerana masih tidak pulih seratus peratus dari kecederaan bahu.

    Manakala, Norshahrul dgn Indra pun masuk last minit menggantikan Antwi & S.Chanturu.

  2. TRW, teruskan rentak kehebatan dan buktikan TRW adalah pasukan terbaik negara…Sekarang hanya Kelantan menjadi harapan bagi mewakili Malaysia dalam pentas antarabangsa…Nak harapkan Team Malaysia…asyik seri dan kalah jer akhir-akhir ni….

    • teruskan rentak kehebatan, syabas TRW … buktikan kpd team lain TRW mampu bersaing…jgn jd cm team terdahulu tarik diri sblm bertanding… Team Ganu pn blh cubalagi, kalah sekali x bermakna klh sokmo2…Buktikan kehebatan team Pantai Timur….

  3. Pingback: Mohammed Ghaddar tunjuk taring di pentas AFC | Berita TerUpdate

  4. kita tunggu je la friendly match national team lawan sri lanka..harap2 menangla…ranking fifa terbaru kita jatuh..di bawah filipina. coach pilih la pemain2 yang prestasi semasa bagus. kenapa ambil lagi pemain yang dah tak perform dlam liga? cuba gandingan safiq, badri radzi,shakir, badrrol bakhtiar.. bgi can juga kepada daudsu dll yang perform dlam liga tak kira negeri mana.

  5. Kepada KAFA, kawe raso, buleh dah kalu nak wat masuk smula Ghaddar ke dalam liga super. Try tgk gol ke-2 masa lwn arema di malang baru2 ni, hanya world class player mcm messi jah bleh wat gol gitu. Kali ni ghaddar buktikan dia pn buleh wat.

    Taktikal coach nmpak smua mnjadi stakat ni. Player2 midfield dn striker diberi arahan supaya main dan passing utk “memenuhi kperluan ghaddar”. Syabas!

    Red Warriors meme biso! Musuhnya habis binaso! Ni baru yo lo!

  6. Seria bulu roma kawe tengok gol kedua gadar…

  7. Penyokong Kelantan ada di mana2. Pah ko Indonesia pun sek kita ada gi. Tak hairan lah kalau semua stadium seluruh Malaysia, sabah serawak kita tawan.

  8. Arghh.. Kenapa Kelantan boleh menang ni. Sakitnya hati aku.. Tensennya. Tolongla siapa2 boleh hantar aku ke hospital tanjung rambutan. Please…

    • mu ni man lakso berat doh… tok kesoh kalu mu tok sokong kelate dale liga super. tapi dale afc ni sokongla pasuke dari malaysia. kalu yeam negeri mu mausk afc pun aku akan sokong.

    • mu ni memang org gila doh, tak payah hantar ke tanjung rambutan, kira kerat tengkok mu, beri makan ko anjing. org mcm mu ni xlyak dok atas muka bumi nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>